Ingati jasa guru seumur hidup

SEREMBAN 16 Mei – Lebih 5,000 warga pendidik dari seluruh negara diraikan pada Majlis Makan Malam Negeri sempena perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-42, 2013, di sini malam tadi.

Majlis anjuran kerajaan negeri itu diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dekat sini.

Majlis berkenaan adalah satu daripada 10 acara utama sambutan perayaan Hari Guru yang telah diatur mulai 30 April lalu hingga hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud dan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Kalsom Khalid.

Mohamad yang berucap pada majlis tersebut berkata, pengorbanan dan jasa seorang guru yang tidak pernah jemu dan penat mendidik seorang anak bangsa perlu dihargai dan diingati seumur hidup.

Katanya, dedikasi dan kesungguhan para guru telah membolehkan banyak dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan yang mentadbir negara ini sejak merdeka memperoleh kejayaan.

“Dasar-dasar yang membawa banyak perubahan kepada negara ini seperti Dasar Membasmi Kemiskinan dan Dasar Membasmi Buta Huruf kini menampakkan hasil apabila ramai rakyat negara ini sudah menjadi warga berilmu dan tidak lagi miskin seperti dulu,” katanya.

Beliau turut mengingatkan warga pendidik agar bersyukur kerana sejarah pendidikan sejak 56 tahun lalu telah mengubah negara daripada miskin kepada negara membangun.

Jelasnya, peranan para guru semakin besar kerana fokus pendidikan hari ini tidak lagi mensasarkan kepada membasmi buta huruf, sebaliknya membangunkan modal insan yang mampu bersaing di pasaran antarabangsa.

“Tidak lama lagi iaitu pada 2015, negara ini akan menjadi sebahagian daripada blok negara ASEAN yang besar sekali gus menjadikan cabaran yang mendatang semakin sengit.

“Kita perlu membuat persediaan daripada sekarang dengan melahirkan generasi yang berilmu dan berdaya saing bagi masa tersebut,” katanya.

Sempena majlis tersebut, Mohamad turut menyampaikan anugerah kepada para guru yang telah memberi sumbangan dalam bidang kepakaran masing-masing seperti anugerah inovatif, guru cemerlang, kepimpinan dan ikon guru.

Beliau turut menyampaikan Penghargaan Khas Jasa Bakti Lahad Datu kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Labian, Sakka Labacho; Guru Besar SK Lok Buani, Saabi Hasim dan guru SK Fajar Harapan, Catherine Gonolon

Anugerah itu bertujuan menghargai komitmen para guru besar dan guru tersebut yang sanggup mengadakan kelas ketika serangan pengganas Sulu di Lahad Datu, Mac lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130517/pe_02/Ingati-jasa-guru-seumur-hidup#ixzz2TVEAlibX
© Utusan Melayu (M) Bhd

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s