Peserta buta johan 3 kali kategori tilawah MTQSS

KUALA LUMPUR 27 Mei – Cacat penglihatan tidak menghalang Mohd. Qayyim Sarimin, 14, untuk merangkul johan buat kali ketiga berturut-turut kategori tilawah Al-Quran pada Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) Peringkat Kebangsaan 2013.

Mohd. Qayyim yang cacat penglihatan sejak lahir mewakili negeri Kelantan mencatat kejayaan bermakna itu sejak menyertai program tahunan itu pada tahun 2010.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor, Kota Bharu itu ketika ditemui pemberita berkata, dia mula belajar taranum sejak berusia sembilan tahun menggunakan Al-Quran braile yang dihadiahkan Allahyarham guru agamanya.

“Saya memang meminati bacaan al-Quran sejak kecil dan tidak pernah menjadikan kecacatan saya sebagai penghalang untuk bergelar qari suatu hari nanti.

“Saya tidak ada masalah untuk belajar menggunakan bahan braile dan mengasah suara dengan mengalunkan azan Subuh setiap hari sejak usia sembilan tahun,” katanya.

Katanya, dia mahu menjadi ikon kepada pelajar senasib dengannya agar mereka tidak menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang kejayaan.

Mohd. Qayyim kini belajar di bawah bimbingan gurunya Fauzi Awang, 48, yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail III Kota Bharu sejak enam tahun lepas.

Menurut Fauzi, Mohd. Qayyim seorang pelajar yang mempunyai daya ingatan luar biasa menjadikan beliau cepat menangkap pengajarannya.

Mohd Qayyim muncul juara apabila mengutip 91 markah, diikuti naib johan Muhammad Asyraf Hairam Tuan Rosli dari Selangor dengan 87.5 markah dan Muhamad Ridzuan Mat Zakir dari Perak di tempat ketiga dengan 86 markah.

MTQSS 2013 diadakan sejak 24 Mei lalu disertai oleh 240 peserta dari 15 kontinjen sekolah rendah dan menengah seluruh negara.

Kontinjen negeri Selangor mengungguli program kali ini apabila dinobat johan keseluruhan diikuti negeri Perak dan ketiga Kelantan. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130527/dn_01/Peserta-buta-johan-3-kali-kategori-tilawah-MTQSS#ixzz2URpVQ9jL
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s