Rahsia kejayaan program akrab

SELAMA hampir lebih 30 tahun, Akademi Keluarga Bahagia Malaysia (AKRAB) telah bertapak di negara ini.

Sehingga hari ini akademi itu terus unggul sebagai organisasi yang menjadi pilihan ibubapa untuk membina daya juang dan sikap positif di kalangan anak-anak termasuk remaja.

Hal demikian kerana AKRAB menyediakan berbagai modul pendidikan kekeluargaan. Modul prasekolah, modul sekolah rendah, modul sekolah menengah dan modul remaja yang telah meninggalkan bangku sekolah adalah antara modul-modul yang ditawarkan khusus untuk membina sahsiah dan keperibadian para pelajar dan remaja.

Program Summer Camp selama empat hari tiga malam dan program Kem Jati Diri Remaja selama lapan hari tujuh malam adalah antara program yang paling popular.

Program-program ini menjadi pilihan utama disebabkan beberapa faktor yang dihuraikan seperti berikut.

Pertama, kedua-dua program mempunyai matlamat yang jelas dan setiap pembimbing sejak dari awal diingatkan supaya tidak lari daripada matlamat yang digariskan.

Matlamatnya adalah untuk melahirkan pelajar/remaja yang unggul sahsiah dan cemerlang dalam pengajian dan pembelajaran.

Kedua, tenaga pengendali dengan pimpinan seorang penyelaras yang berilmu dan berpengalaman dibantu oleh dua orang ketua fasilitator yang komited dengan masing-masing mendapat sokongan padu daripada fasilitator-fasilitator yang sepanjang masa berada di sisi ‘adik’ masing-masing.

Setiap peserta dipantau dan diawasi agar mereka tidak melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan program.

Ketiga, Kedua-dua program mengalami proses pembaikan yang berterusan, sesuai dengan kehendak masa dan keadaan.

Beberapa penyesuaian dibuat bagi menentukan program yang dikendalikan menepati cita rasa pelajar/remaja yang menyertainya.

Keempat, sistem disiplin yang ketat yang dipraktikkan telah membantu menjayakan kedua-dua program.

Kehadiran dalam semua aktiviti sentiasa di tahap 100 peratus. Ini termasuk amalan ibadah malam dan solat Subuh berjemaah.

Kelima, penekanan kepada aspek spiritual telah menjadikan progam AKRAB begitu berkesan. Sentuhan Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh, siri renungan selepas solat dan Qiyammulail serta Munajat telah membawa keinsafan yang mendalam dan keinginan yang tinggi untuk berubah menjadi pelajar/remaja yang lebih baik.

Keenam, dari awal hingga akhir suasana program diwarnakan dengan kasih, sayang dan kecintaan.

Peserta-peserta dilarang menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sopan serta kecenderungan memperkecilkan orang lain.

Sejak dari awal mereka diikat dengan semangat kesetiakawanan yang biasanya kekal terjalin selepas berakhirnya program.

Secara kasarnya, itulah di antara rahsia mengapa program tajaan AKRAB terus diminati dan kelihatan segar walaupun sudah melangkau jarak masa yang agak lama.

Kepada ibu bapa disyorkan supaya memberi peluang kepada anak-anak yang masih belajar atau remaja yang telah meninggalkan alam persekolahan untuk menyertai salah satu program semasa cuti sekolah yang bermula pada 24 Mei hingga 09 Jun 2013 ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130524/pe_01/Rahsia–kejayaan-program-akrab#ixzz2URqMXfDi
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s