4G, VLE di sekolah akhir tahun

KUALA LUMPUR 27 Mei – Sebanyak 10,000 sekolah rendah dan menengah bakal dilengkapi kemudahan internet 4G dan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) menerusi projek 1BestariNet menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, projek itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025.

“Bagi memastikan keberkesanan usaha penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan, pihak kementerian akan memastikan semua guru-guru terlatih dan cekap menggunakan VLE menjelang 2015.

“Kementerian juga akan menyediakan lebih banyak peralatan digital seperti tablet atau telefon pintar kepada guru-guru dan pelajar dalam usaha mewujudkan suasana pembelajaran kreatif dan inovasi,” katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Antarabangsa Pameran Pendidikan Digital Asia 2013 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, pada peringkat permulaan transformasi, kerajaan perlu mencapai tahap minimum penggunaan ICT, keupayaan, kemudahan infrastruktur dan aplikasi, di samping mengintegrasikan teknologi tersebut dalam proses pendidikan.

“Kita juga perlu mengambil kesempatan daripada program dan projek ICT sedia ada serta melabur dalam teknologi berkaitan pembelajaran agar dapat memberikan manfaat kepada sekolah,” katanya.

Beliau berkata, kementerian juga perlu mengenal pasti jalan penyelesaian dalam pelaksanaan ICT yang berbeza mengikut keperluan kategori sekolah luar bandar, kurang murid dan istimewa.

Jelasnya, walaupun terdapat pelbagai cabaran mengurus dan mengeksploitasi potensi ICT dalam pendidikan, namun kementerian bersedia menangani halangan itu.

“Penerimaan serta integrasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan antara cabaran utama yang terpaksa dihadapi.

“Namun, pihak kementerian akan memastikan latihan secukupnya diberikan kepada semua guru bagi memenuhi tahap kecekapan ICT sebagaimana ditetapkan Persatuan Antarabangsa Teknologi Dalam Pendidikan (ISTE),” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130528/dn_02/4G-VLE-di-sekolah-akhir-tahun#ixzz2UXX8HW2S
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s