204 calon UPSR sertai program kecemerlangan kelolaan SMP, Utusan

KUALA KRAI 13 Jun – Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi kelolaan Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) dan Unit Pendidikan Utusan Malaysia mendapat reaksi positif daripada 204 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di daerah Dabong di sini, seterusnya mencapai matlamat penganjurannya.

Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan (SK) Dabong, Noor Azman Awang berkata, program itu adalah pertama kali dianjurkan oleh pihak luar di sekolah berkenaan.

“Program motivasi ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid kerana selain dapat menimba ilmu baharu, hubungan yang erat dengan murid sekolah lain turut terjalin.

“Kelainan dalam program ini ialah pihak SMP bukan sahaja membawa guru pakar tetapi turut membawa pakar motivasi untuk memberi pendedahan kepada murid agar mereka dapat melihat hala tuju kehidupan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas majlis penutup program itu di sini semalam.

Menurutnya, sepanjang dua hari program itu dilaksanakan, calon UPSR diberikan rujukan terbaik untuk memastikan mereka mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu.

Seorang murid, Nur Alia Tasnim Alias, 12, ketika ditemui berkata, dia gembira dapat menyertai program berkenaan.

“Selain mendapat ramai kawan, ilmu pengetahuan juga turut bertambah dan saya berharap dapat mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR nanti,” katanya.

Rakannya, Mohd. Amirul Anuar Zaidi, 12, berkata, ini merupakan kali kedua dia menyertai program kecemerlangan tersebut.

“Kali pertama saya sertai program sebegini adalah di Sekolah Kebangsaan Kuala Geris dan saya seronok menyertainya kerana dapat menimba banyak ilmu pengetahuan.

“Jika program ini dilaksanakan lagi, saya akan menyertainya dan berharap mendapat 5A dalam UPSR,” katanya.

Seorang lagi murid, Mohd. Aliff Idham Kamaruzzaman, 12, berkata, program kecemerlangan tersebut banyak memberi manfaat kepada dia dan rakan-rakannya.

“Saya seronok menyertai program ini kerana dapat belajar perkara baharu selain mendapat ramai kawan dari sekolah di Dabong.

“Saya harap program ini diteruskan pada masa akan datang dan berharap memperolehi keputusan cemerlang untuk dihadiahkan kepada ibu bapa saya,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130614/pe_01/204-calon-UPSR-sertai-program-kecemerlangan-kelolaan-SMP-Utusan#ixzz2W916plO1
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s