Guru, murid wajar manfaat program Pintar-UMW tingkat prestasi akademik

Guru dan murid sekolah angkat yang terpilih menyertai program PINTAR-UMW digesa agar bijak menggunakan sepenuhnya manfaat yang ditawarkan di bawah program itu bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan kecemerlangan akademik mereka.

Kumpulan UMW merupakan antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sentiasa aktif dalam menaja program dan aktiviti berteraskan pendidikan untuk pelajar.

Presiden UMW Holdings Berhad, Datuk Syed Hisham Syed Wazir berkata, peruntukan di bawah program itu juga tidak hanya disediakan bagi tujuan pendidikan malah boleh digunakan untuk mencungkil bakat murid dalam bidang seperti kesenian, sukan dan inovasi.

Menurutnya, peranan guru dalam menjayakan program tersebut juga penting malah terbukti apabila beberapa buah sekolah tajaan UMW berjaya membaiki gred purata sekolah (GPS) mereka secara berperingkat.

”Kita percaya sebagai salah satu syarikat GLC utama negara, UMW mempunyai tanggungjawab untuk membantu kerajaan menjayakan salah satu agenda transformasi iaitu bagi memantapkan lagi pendidikan negara,” katanya dalam majlis pelancaran PINTAR-UMW 2013 yang disempurnakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan PINTAR, Tan Sri Arshad Ayub di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

PINTAR atau Promoting Intelligence, Nurturing Talent and Advocating Responsibility diperkenalkan tahun 2006 bertujuan memberi peluang syarikat korporat membantu sekolah khususnya di kawasan luar bandar yang memerlukan bantuan.

Penglibatan Kumpulan UMW menjayakan program PINTAR bermula tahun 2007 dengan mengambil dua sekolah di Pulau Pinang dan kini sudah menaja 16 buah sekolah dan membantu lebih 11,000 murid melalui program itu.

UMW turut menjadi perintis kepada Yayasan PINTAR dengan mengambil sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil termasuk sekolah Orang Asli sebagai sekolah angkat melalui program PINTAR.

Unit Pendidikan Utusan Malaysia dilantik sebagai penasihat kandungan program berkenaan.

Pada tahun ini, UMW memilih lima buah sekolah baru sebagai sekolah angkatnya untuk jangka masa tiga tahun iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Banting, SK Batu laut, Kuala Langat dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Renggam di Shah Alam, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Moh Ghee cawangan Georgtown, Pulau Pinang dan SK Kati, Kuala Kangsar di Perak.

Dua buah sekolah lagi yang berada dalam tahun akhir program PINTAR-UMW ialah SK Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan dan SK Sungai Selisek dekat Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130708/pe_03/Guru-murid-wajar-manfaat-program-Pintar-UMW-tingkat-prestasi-akademik#ixzz2YPOeFfWS
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s