Karnival Sedekad pupuk budaya keusahawanan, tambah dana sekolah

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor menganjurkan Karnival Sedekad ulang tahun pertama sempena sekolah itu bagi memupuk budaya keusahawanan di samping mengutip dana tabung sekolah.

Pengetuanya, Aishah Sidan berkata, karnival ini diadakan untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan murid dan mengumpul dana bagi membina bumbung tapak perhimpunan sedia ada.

”Hal demikian kerana pada masa sekarang, sekolah tidak mempunyai dewan atau tempat perhimpunan yang berbumbung untuk menampung bilangan murid yang semakin ramai,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dalam majlis sambutan karnival tersebut baru-baru ini.

Ketika ini murid sekolah berkenaan adalah berjumlah 1,920 orang.

Karnival yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu padat dengan pelbagai aktiviti seperti 50 gerai jualan, permainan sukan air, permainan permotoran, acara melukis dan aksi persembahan haiwan eksotik.

Selain PIBG, karnival itu turut mendapat kerjasama agensi penguatkuasaan kerajaan yang membuka gerai pameran antaranya termasuklah Agensi Antidadah Kebangsaan dan Polis Diraja Malaysia.

Kemuncak acara sambutan karnival adalah majlis makan malam yang dihadiri bekas-bekas pengetua dan alumni murid yang telah cemerlang dalam akademik.

Sepanjang sepuluh tahun penubuhannya, SMK Bukit Jelutong tersenarai antara lima sekolah menengah terbaik di Selangor dalam pencapaian keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG, Rohyzam Merican berkata, usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah sentiasa mendapat sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa khususnya PIBG sekolah.

”Apa yang menarik, gerai makanan dan minuman diusahakan oleh murid sepenuhnya manakala guru pula hanya menjadi pembimbing serta penasihat mereka.

”Usaha ini secara tidak langsung membantu murid dalam mengurus dan memahami selok-belok perniagaan serta membantu mereka menguasai bidang keusahawanan,” ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130715/pe_03/Karnival-Sedekad-pupuk-budaya-keusahawanan-tambah-dana-sekolah#ixzz2Z4MLqi8m
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s