Persekitaran pembelajaran kondusif untuk kanak-kanak

PUSAT perkembangan pendidikan awal kanak-kanak, Educate to Learn Sdn. Bhd., (e2L) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memperkenal program PNM i-play untuk membantu golongan itu berkembang serta belajar melalui bermain.

Di bawah program itu, sebanyak 10 perpustakaan dilengkapi permainan i-play tajaan Yayasan EMKAY yang mengandungi alat-alat permainan atau sumber pembelajaran yang boleh diguna atau dipinjam kanak-kanak, ibu bapa, pendidik dan penyelidik.

Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar berkata, di bawah kerjasama itu, perpustakaan milik Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak yang dinaungi oleh salah sebuah anak syarikat e2L iaitu Early Years Development Sdn. Bhd., Perpustakaan Wan Nong dijadikan Perpustakaan Angkat PNM.

“Antara keistimewaan yang dinikmati pengunjung termasuklah kemudahan pinjaman buku secara pukal kepada pihak kolej dan pada masa yang sama, pelajar boleh menyertai program atau aktiviti berkaitan bidang pendidikan awal kanak-kanak seperti sesi bercerita bersama kanak-kanak,” katanya ketika ditemui dalam majlis perjanjian memorandum bersama antara PNM dan e2L yang diwakili Pengarah Eksekutifnya, Farah Mahami Tan Sri Mustapha Kamal.

Menurut Raslin, disebabkan impak berkesan daripada penubuhan 10 perpustakaan PNM i-play, maka kerjasama ini diteruskan dengan penubuhan Sudut Pembelajaran Kanak-Kanak di 16 buah Perpustakaan Desa.

”Hal ini selaras dengan hasrat kami dalam memberikan peluang kepada kanak-kanak di desa atau di kawasan kampung untuk belajar melalui bermain menggunakan bahan permainan yang berkualiti tinggi,” ujarnya.

Selain itu, kata Raslin, petugas Perpustakaan Desa juga akan diberikan latihan khusus bagi membolehkan mereka mengaplikasikan aktiviti atau permainan bersama kanak-kanak dalam komuniti mereka.

Sementara itu, menurut Farah Mahami, di bawah usaha itu, pihaknya dan penglibatan aktif PNM bertujuan menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selesa dan selamat untuk kanak-kanak berkembang dan belajar melalui bermain.

”Kami mahu menyediakan akses bahan pembelajaran yang berkualiti kepada kanak-kanak terutama mereka yang tinggal di desa atau pedalaman.

”Pada masa yang sama, kami mahu menjadikan perpustakaan sebagai hab ilmu pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

Beliau berharap melalui program PNM i-play, usaha tersebut mampu meningkatkan minat dan penglibatan kanak-kanak, pelajar serta masyarakat umum di samping membantu mereka memperoleh manfaat dan memahami konsep belajar melalui bermain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s