PPDa pastikan negara bebas dadah

Sekolah merupakan institusi penting dalam usaha melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada dadah justeru Kementerian Pendidikan sentiasa peka dan mengambil tanggungjawab dalam menjayakan strategi Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah (PPDa).

Antara strategi utama di bawah program PPDa termasuklah aktiviti pengurusan dan kepemimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah di kalangan murid demi mencapai matlamat menjadikan negara bebas dadah pada tahun 2015 akan tercapai.

Pengenalan PPDa tercetus apabila pada Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah mengisytiharkan ‘Dadah Musuh Utama Negara’ dan susulan itu, Kementerian Pendidikan diberi tanggungjawab merancang dan melaksanakan program PPDa di sekolah dengan golongan sasaran merupakan murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.

Dalam konteks ini, Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Amanpuri, Kepong antara sekolah yang aktif menggiatkan program dan aktiviti PPDa sehingga terpilih sebagai satu daripada empat sekolah mewakili Selangor dalam pertandingan PPDa peringkat Kebangsaan pada September nanti.

Guru Besarnya, Azman Mohd. Aris berkata, bagi memperhebatkan cabaran itu, pihaknya menubuhkan sebuah bilik khusus mengandungi sumber PPDa bertujuan mendidik dan memberi pendedahan kepada murid mengenai gejala dan impak bahaya dadah.

Katanya, kemudahan bilik sumber tersebut akan dijadikan sebagai sebuah pusat rujukan berinovasi dan dilengkapi dengan maklumat berkaitan dadah.

“Persediaan pusat sumber khas mengenai PPDa ini sebagai platform dalam menyalur maklumat tentang dadah dan kesannya agar murid menerima pendedahan dan dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan penggunaan bahan terlarang itu,” kata beliau ketika ditemui dalam Prapenghakiman Bilik Sumber PPDa di sekolah itu baru-baru ini.

Menurut beliau, setakat ini, sekolah tersebut mempunyai 11 stesen PPDa terdiri daripada bilik rawatan dan bilik interaktif yang digunakan sepenuhnya oleh 458 murid sekolah itu di bawah program PPDa.

Azman memberitahu, setiap sudut SK Desa Amanpuri dilengkapi poster mengandungi keterangan grafik dan menceritakan mengenai impak serta bahayanya pengambilan dadah dalam kehidupan manusia.

Pada masa yang sama, ujarnya, pusat sumber terbabit turut dilengkapi sudut pandang dan dengar termasuk ruangan RnR yang bertujuan menguji minda murid melalui permainan.

“Hasil daripada pra-kehakiman ini, kami akan menambah baik stesen-stesen PPDa sedia ada agar lebih menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh Jabatan Pelajaran,” jelas beliau.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130812/pe_01/PPDa-pastikan-negara-bebas-dadah#ixzz2cN71iY2g
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s