ADaP tingkat prestasi akademik

Sisipan pendidikan Utusan Malaysia, ADaP menjadi pilihan Pusat Tuisyen Faiza Jaya untuk membantu melonjakkan prestasi akademik murid-muridnya.

Pengetuanya, Mohd. Lokman Mohamad berkata, sisipan ADaP adalah alternatif terbaik bagi membantu murid-murid mempelajari teknik menjawab peperiksaan selain buku rujukan dan sumber pembelajaran melalui internet.

Menurutnya, penggunaan ADaP turut membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) kerana soalan serta latihan yang terdapat di dalam sisipan itu disediakan oleh pakar-pakar akademik.

“Hakikatnya, guru dan murid pada masa ini mempunyai banyak pilihan dalam memilih bahan pembelajaran atau rujukan untuk P&P mereka sendiri.

“Namun, pada saya, sisipan ADaP mempunyai keistimewaannya tersendiri dan paling utama, sisipan ini mampu membantu murid dalam kemahiran menjawab soalan mata pelajaran tertentu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pusat Tuisyen Faiza Jaya di Jalan Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn mula beroperasi tahun 2005 dan memiliki 500 murid tahun satu hingga tingkatan lima.

Sepanjang lapan tahun penubuhannya, pusat tersebut kini mempunyai empat cawangan iaitu di Seksyen 9 Shah Alam, Taman Tun Dr. Ismail dan Alam Damai, Cheras.

Mohd. Lokman menambah, selain nota dan kemahiran menjawab soalan yang berkesan, kandungan ADaP juga menarik kerana terdapat ilustrasi berwarna-warni serta grafik yang mampu mencuri tumpuan murid.

“Ilustrasi berwarna mampu menarik murid untuk menelaah dan akhirnya mencuba slot-slot soalan yang disediakan dalam ADaP.

“Malah soalan yang disediakan juga ringkas dan tidak mengelirukan, kalau soalan panjang murid cepat bosan,” katanya.

Bagi salah seorang tenaga pengajar Pusat Tuisyen Faiza Jaya, Zawawi Karim, sisipan ADaP terbukti berkesan dalam membantu guru dalam P&P kerana kandungannya disediakan oleh guru-guru pakar mata pelajaran.

“Saya sering membuat latihan secara dalam talian dan lebih gemar memilih laman ADaP untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan soalan,” jelasnya.

Sementara itu, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2, Muhammad Airil Ikmal Mustafa Kamal memberitahu, dia berminat menggunakan sisipan ADaP kerana memperoleh banyak pengetahuan baharu.

Rakannya, Fakhri Haziq Baharuddin berpendapat, nota yang disediakan amat membantunya menjawab soalan peperiksaan nanti.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130826/pe_01/ADaP-B-tingkat-prestasi-akademikB#ixzz2d7h3m83A
© Utusan Melayu (M) Bhd

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s