Kem Nilam galak budaya membaca

Bagi menyemaikan dan menggalakkan minat membaca di kalangan murid, Pejabat Pelajaran dan Pusat Kegiatan Guru daerah Hulu Langat dengan sokongan Unit Pendidikan Utusan Malaysia menganjurkan Kem Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Kajang, Nor Mazrah Baharum berkata, program itu yang diwajibkan dilaksanakan di setiap sekolah oleh kementerian adalah untuk mengenal pasti murid yang mencapai tahap cemerlang dalam pembacaan mereka dan layak menerima anugerah Nilam.

”Kem Nilam merupakan saluran tertinggi bagi aktiviti Nilam untuk mengiktiraf murid-murid yang cemerlang dan dianjurkan sehingga ke peringkat kebangsaan pada setiap tahun,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dalam program itu yang bertemakan ‘Hidup Lebih Bermakna Dengan Membaca’.

Sebanyak 40 murid Tahun Lima dan Tingkatan Empat daripada daerah Hulu Langat terpilih menyertai kem kali ketujuh yang dianjurkan bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Selangor itu.

Dalam majlis itu, pejabat Pelajaran dan Pusat Kegiatan Guru Daerah Hulu Langat melanggan kira-kira 220 akhbar Utusan Malaysia, Kosmo! dan akhbar pendidikan terbaru, Tutor untuk diedarkan kepada murid dan guru yang menyertai bengkel tersebut.

Selain itu menurut Nor Mazrah, berdasarkan kesedaran tersebut, pihaknya merasakan program berkenaan wajar digerakkan bagi mengetengah bakat murid ke peringkat negeri seterusnya ke peringkat kebangsaan.

“Melalui program ini, murid mendapat pelbagai pendedahan dalam literasi maklumat melalui faedah membaca, mengikuti pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan menyeronokkan.

“Di samping itu, mereka dapat bersaing secara sihat untuk berusaha menempatkan diri sebagai calon Nilam mewakili negeri dan kebangsaan,” katanya.

Terdahulu, bengkel itu yang diselitkan dengan slot ceramah mengenai lembaran kerja dan pengurusan pusat sumber berlangsung selama dua jam, dikendalikan oleh Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim.

Peserta yang sebahagian besarnya terdiri daripada murid tahun lima mewakili sekolah rendah dalam daerah Hulu Langat turut berpeluang membuat latihan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam sisipan pendidikan ADaP dan Tutor dalam slot tersebut.

Antara aktiviti lain yang turut diadakan sepanjang tiga hari program berlangsung termasuklah sesi Ice Breaking, ujian bertulis, temuduga murid merangkumi, isu semasa dan soalan berkaitan karya dan pengucapan awam.

Acara lain termasuk kuliah subuh, aktiviti dalam kumpulan, riadah, perkongsian ilmu, aktiviti jejak maklumat, aktiviti rakan membaca dan program lawatan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130902/pe_02/Kem-Nilam-galak-budaya-membaca#ixzz2e4GxFFLM
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s