PPPM melahirkan murid kritis

KEPERLUAN pembelajaran negara menjelang abad ke-21 menyasarkan agar murid di negara ini mempunyai minda yang kritis dan kreatif, tidak semata-mata lagi berlandaskan buku atau memenuhi kehendak peperiksaan awam untuk lulus cemerlang semata-mata.

Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr. Azian Tengku Syed Abdullah berkata, perubahan itu hanya mampu dicapai melalui pelaksanaan berkesan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Melalui peringkat itu, katanya, PPPM bermatlamat mahu melahirkan bukan sahaja murid-murid yang cemerlang tetapi yang mempunyai daya fikir yang tinggi.

“Untuk mencapai hasrat ini, kemahiran berfikir aras tinggi atau Higher Order Thinking Skills (HOTS) di kalangan murid dan guru akan dimantapkan lagi dengan memberi pendedahan yang komprehensif untuk golongan sasaran tersebut.

”Hal ini agar HOTS dapat diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dan efektif, ” katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar di Putrajaya baru-baru ini.

Menurut beliau, sistem pendidikan negara perlu ditambah baik berdasarkan tanda aras sistem pendidikan negara lain mengikut standard antarabangsa antaranya termasuklah bidang matematik, sains dan bahasa Inggeris, serta kemahiran berfikir aras tinggi yang melibatkan aplikasi, penaakulan, dan penyelesaian masalah.

Jelas beliau, elemen itu bukan sahaja menekankan kepentingan pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga pembangunan kemahiran pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, kemahiran memimpin, kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional yang kuat.

PPPM juga, ujarnya, mengkehendaki murid memiliki kemahiran berfikir dan mempunyai skil kepimpinan di samping mempunyai semangat ingin tahu, dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat, serta mampu menghubung kait pelbagai pengetahuan.

Selain itu, menurutnya, PPPM menggariskan hala tuju dasar jangka panjang bagi menampung perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan antarabangsa sekali gus menuntut murid di Malaysia bersaing dengan murid terbaik di peringkat antarabangsa.

“Oleh itu, demi melahirkan bakat yang kompetitif di peringkat global, kita tiada pilihan lain selain bersedia menyahut cabaran tersebut dan pada masa sama menyediakan sistem pendidikan yang mampu berdaya saing.

“Usaha ini boleh dicapai melalui inisiatif mengikut bidang keutamaan ke arah memastikan pulangan atas pelaburan yang optimum dalam bentuk keberhasilan murid,” kata beliau.

Pada masa yang sama, kata Azian, penyediaan PPPM bukan rancangan yang dirangka dengan mudah dan disiapkan dalam tempoh yang singkat, sebaliknya disiapkan selepas mengambil kira analisis, temu bual, tinjauan dan kajian.

Beliau menambah, PPPM melibatkan cadangan panel pakar pendidikan negara dan antarabangsa terutama UNECSO, perbincangan berterusan di peringkat kementerian, guru, pemimpin sekolah dan ibu bapa.

“Laporan ini menegaskan semula matlamat Malaysia terhadap sistem pendidikan berfokuskan pendidikan murid secara holistik, dan menyediakan negara untuk masa depan.

”Perubahan yang dibuat dalam sistem pendidikan negara melalui PPPM ini berdasarkan kehendak dan perubahan ekonomi dunia yang dengan itu memerlukan murid kita mampu berfikir dengan lebih kritis, kreatif dan inovatif,” katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, bagi memenuhi permintaan globalisasi yang sentiasa meningkat terutama aspek pendidikan, Malaysia juga perlu menganjak perubahan, sama seperti tindakan yang diambil oleh negara-negara lain yang maju bersaing di peringkat antarabangsa.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130909/pe_01/PPPM-melahirkan-murid-kritis#ixzz2eLz4Bn00
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s