Tutor mampu tingkatkan tahap akademik

MELAKA 6 Sept. – Akhbar pendidikan terbaharu Utusan Malaysia, Tutor terus mendapat sambutan menggalakkan daripada sekolah-sekolah di negeri ini sebagai satu usaha meningkatkan tahap penguasaan akademik murid terutama yang bakal menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Paling terbaharu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong di sini yang turut melanggan akhbar berkenaan sebagai bahan rujukan tambahan murid tahun enam sekolah berkenaan yang akan menghadapi UPSR tidak lama lagi.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Muridnya, Koh Kian Choon berkata, hasil penelitiannya terhadap kandungan Tutor mendapati set soalan percubaan UPSR yang disediakan mampu menajamkan lagi ingatan murid terhadap subjek dipelajari.

Selain itu katanya, set soalan latih tubi yang dibuat oleh guru-guru pakar dalam Tutor juga menjadi satu daripada keistimewaan akhbar berkenaan yang akan memberi manfaat kepada muridnya.

“Saya amat berterima kasih kepada pihak Utusan Malaysia kerana menerbitkan akhbar Tutor ini yang banyak membantu murid memperoleh bahan rujukan tambahan dengan harga yang murah untuk menghadapi UPSR” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan yang mengambil inisiatif menyumbangkan sebanyak 60 naskhah Tutor dilihat sebagai langkah tepat memandangkan UPSR semakin hampir.

Sementara itu Eksekutif Pemasaran Utusan Melayu (M) Berhad cawangan Melaka, Najibfahmi Ali berkata, akhbar bersaiz tabloid berharga 40 sen itu diterbitkan dua kali sebulan.

Menurutnya, beberapa sekolah di negeri ini telah pun mendapatkan akhbar berkenaan, antaranya SK Ayer Molek, SK Bachang dengan jumlah langganan masing-masing 130 naskhah.

Tutor bagi edisi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan mula diedarkan pada 9 September dan 23 September ini disusuli edisi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua minggu selepas itu.

“Set-set soalan latih tubi juga lengkap kerana disediakan oleh guru pakar secara keseluruhannya dan dengan harga 40 sen yang ditawarkan itu adalah amat berbaloi serta mampu dibeli oleh semua murid,” kata Najibfahmi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130907/pe_01/Tutor-mampu-tingkatkan-tahap-akademik#ixzz2eM0J8sTK
© Utusan Melayu (M) Bhd

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s