Mengasah kemahiran tulis berita

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Ramuan China Besar menjadi sekolah pertama yang mengambil inisiatif menubuhkan Kelab e-Pengarang anjuran Unit Pendidikan Utusan Malaysia untuk menggalakkan murid menajamkan kemahiran penulisan mereka.

Menurut Guru Penyelaras Program itu, Ahmad Nor Khusairi Jamali, penubuhan kelab dan bengkel yang diadakan berjaya memberikan gambaran kepada peserta mengenai kehebatan dan cabaran kerjaya wartawan.

“Latihan amali seperti menemu bual, merakam gambar dan menulis berita menjelaskan kepada peserta mengenai kemahiran-kemahiran yang perlu mereka kuasai dalam proses penghasilan berita,” katanya selepas tamat program itu di sekolahnya dekat Masjid Tanah, Melaka baru-baru ini.

Sebanyak 20 murid tahap dua mengikuti program yang mula diperkenalkan bulan lalu itu untuk membolehkan mereka memahami tugas seorang pengarang yang bersifat 360 darjah dalam sesuatu organisasi penerbitan.

Program berbentuk bengkel penulisan berita selama empat jam itu dikendalikan oleh Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim bersama penolongnya, Azmy Mohamed dan wartawan pendidikan, Norizan Abdul Muhid.

Pada akhir program, peserta diberi sijil penyertaan Kelab e-Pengarang Utusan Malaysia yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Paya Lebar Ramuan China Besar, Yaaman Yusoff.

Bagi Yaaman, pihaknya amat menghargai komitmen dan keprihatinan akhbar Utusan Malaysia bekerjasama dengan SK Ramuan China Besar dalam menganjurkan program tersebut.

“Usaha ini secara tidak langsung membantu mengetengahkan bakat penulisan di kalangan murid melalui ilmu serta kemahiran baharu yang dipelajari semasa bengkel,” ucapnya.

Sementara itu, peserta program, Muhd. Balqis Mohd. Nadzley, 10, memberitahu, dia teruja kerana berpeluang mempelajari teknik mengedit foto mengikut keperluan akhbar.

Rakannya, Aina Athirah Azizul, 11, berkata, bengkel itu memberi murid peluang serta ruang mengarang berita aktiviti dan pencapaian sekolah untuk disiarkan di akhbar.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20131014/pe_02/Mengasah-kemahiran-tulis-berita#ixzz2hw1GIOpO
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s