Tutor mantapkan program i-TR1M

PrograM Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M) memantapkan persediaan 3,756 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekitar Parlimen Kuala Selangor dengan memberikan akhbar pendidikan terbaharu Utusan Malaysia, Tutor secara percuma.

Pengarah Program i-TR1M Selangor, Mohd. Ali Berkat Ali (gambar) berkata, edaran 4,000 naskhah Tutor itu adalah untuk membantu murid membuat persiapan melengkapkan diri mereka dengan teknik menjawab soalan sebelum menduduki peperiksaan SPM nanti.

“Penggunaan Tutor tepat pada masa dan bersesuaian dengan keperluan i-TR1M dalam menyediakan bantuan kemudahan pembelajaran tambahan kepada murid yang kurang mendapat akses pendidikan lebih baik.

“Kandungan pembelajaran Tutor juga menarik, mudah difahami murid dan membantu memantapkan pembelajaran mereka sebelum menduduki SPM,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia selepas majlis perasmian program anjuran Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Selangor, baru-baru ini.

Program dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar itu turut dihadiri Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati, Jakiran Jacomah.

Akhbar Tutor bersaiz tabloid itu diterbitkan dua kali sebulan bermula pertengahan Ogos lalu dan eksklusif untuk jualan di sekolah pada harga 40 sen senaskhah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20131021/pe_01/Tutor-mantapkan-program-i-TR1M#ixzz2iP53SZSy
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s