Pupuk kepentingan jaga kebersihan, kesihatan dan keselamatan

Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya menganjurkan Karnival 3K di Sekolah Kebangsaan (SK) Presint 9(1), Putrajaya baru-baru ini untuk memberi pendedahan kepada murid mengenai kepentingan menjaga kebersihan, kesihatan dan keselamatan mereka di sekolah.

Timbalan Pengarah jabatan itu, Farizah Ahmad ketika berucap merasmikan karnival tersebut berkata, program 3K bertujuan memastikan semua sekolah mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isu berkaitan dengan kebersihan, keselamatan dan kesihatan sekolah.

“Kita berharap aktiviti yang dijalankan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak khususnya para murid di sekolah.

”Program 3K ini sesuai dijalankan kerana dapat mencetuskan kesedaran kepada generasi muda tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran selain dapat menimbulkan tanggungjawab dalam diri setiap individu,” katanya.

Selain mencapai matlamat program, ujarnya, melalui karnival ini secara tidak langsung pihak sekolah dapat menjalin hubungan dengan komuniti setempat.

Sempenan karnival itu juga, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya menaja 500 naskhah akhbar Utusan Malaysia yang diedarkan kepada murid, ibu bapa dan guru.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20131111/pe_02/Pupuk-kepentingan-jaga-kebersihan-kesihatan-dan-keselamatan#ixzz2kI9lGwP8
© Utusan Melayu (M) Bhd

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s