Teknik mudah, seronok kuasai bahasa Inggeris

DALAM usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pada usia muda, UMNO Cawangan Jalan Baiduri, Cheras dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) menganjurkan program ‘English For You’ khusus untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 7 tahun.

Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, program ini memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai teknik mempelajari bahasa Inggeris dengan cara yang mudah, seronok dan tidak membosankan.

“Inisiatif ini dilaksanakan untuk menyahut seruan kerajaan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi memastikan semua rakyat Malaysia menguasai kemahiran dwi bahasa iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris,” katanya ketika berucap merasmikan program sehari itu di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program yang disertai 150 kanak-kanak itu padat dengan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada teknik-teknik menguasai bahasa Inggeris antaranya termasuklah permainan jigsaw puzzle, persembahan nyanyian dan membina struktur melalui arahan.

Untuk menilai keberkesanan program ini, pihak penganjur akan membuat tindakan susulan dengan memilih 40 orang kanak-kanak yang bakal dikumpulkan setiap dua bulan mulai Januari hingga Disember tahun hadapan.

Hal ini kerana, kata Syed Ali, bagi melihat perkembangan kanak-kanak terbabit di samping memberi motivasi agar mereka dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

“Ibu bapa juga akan diberi motivasi tentang kaedah dan amalan harian di rumah untuk merangsang minat anak-anak mempelajari bahasa Inggeris,” tuturnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20131118/pe_02/Teknik-mudah-seronok-kuasai-bahasa-Inggeris#ixzz2l38be1I3
© Utusan Melayu (M) Bhd

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s