Buku motivasi tokoh terbilang cetus inspirasi

SYARIKAT penerbitan, Cerdik Publications Sdn. Bhd. mengambil inisiatif menerbitkan buku motivasi selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan kemenjadian murid pada abad ke-21.

Pengerusi Eksekutifnya, Ahmad Redza Ahmad Khairuddin berkata, buku motivasi ini menyediakan tip daripada tokoh terbilang bagi membantu murid untuk cemerlang dalam kehidupan mereka.

”Buku motivasi ini menjadi pakej lengkap yang disediakan oleh Cerdik Publication dalam usaha membentuk kemenjadian murid secara menyeluruh.

“Sebelum ini, kita menumpukan kepada penerbitan buku-buku ulang kaji dan soalan-soalan peperiksaan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Pelancaran Buku Personaliti Terbilang: Mudahnya Untuk Berjaya dan Terapi Jiwa Murid Muslim yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan, Datuk Sufa’at Tumin.

Sufa’at diwakili oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Md Kasim Md Noah.

Buku Personaliti Terbilang: Mudahnya Untuk Berjaya adalah khusus untuk murid bukan Islam manakala Terapi Jiwa Murid Muslim pula untuk murid beragama Islam yang lengkap dengan bacaan doa, pemahaman hadis dan surah serta panduan solat.

Selain itu, Ahmad Redza berkata, melalui kerjasama Majlis Pengetua Sekolah Berasrama Penuh Kebangsaan, buku tersebut akan diedarkan di semua sekolah berasrama manakala di sekolah harian melalui penglibatan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia.

”Kita bercadang untuk menerbitkan lebih banyak buku-buku motivasi selepas ini selaras dengan matlamat kerajaan melahirkan murid cemerlang dalam memenuhi era pendidikan baharu negara pada masa depan,” ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140113/pe_02/Buku-motivasi-tokoh-terbilang-cetus-inspirasi#ixzz2qEcqYwbT
© Utusan Melayu (M) Bhd

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s