Menjana kemahiran berfikir aras tinggi

Wawasan Unit Pendidikan Utusan Malaysia untuk menerajui bidang pembelajaran dengan menganjurkan Seminar Motivasi dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT atau Higher Order Thingkin Skills, HOTS) ternyata memberi impak positif kepada murid sekolah rendah dan menengah yang menyertainya.

Fasilitator utama seminar itu, Dr. Ismail Zain berkata, pengisiannya lebih mantap kerana kemahiran berfikir aras tinggi diterapkan melalui aktiviti berkonsepkan motivasi diri.

“Seminar ini merupakan satu kajian rintis bagi modul yang direkacipta untuk murid-murid sekolah bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha membudayakan penjanaan pemikiran murid ke aras tinggi.

“Kemahiran belajar Abad ke-21 diterapkan melalui aktiviti-aktiviti yang memerlukan murid berfikir, merancang, berbincang, menilai, mereka cipta dan membuat keputusan berlatarkan Taksonomi Bloom yang dimurnikan serta aliran pemikiran Edward De Bono berkonsepkan Power of Perception,” jelasnya selepas tamat seminar itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Seminar eksklusif selama tiga hari itu turut membimbing murid untuk memahami soalan berbentuk HOTS bagi subjek Sains, Matematik dan Sejarah.

Menurut Pensyarah Cemerlang Gred Khas B daripada Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh ini, kaji selidik Skala Likert yang diberikan kepada peserta seminar mengikut enam kategori telah menerima maklum balas yang amat menggalakkan.

Kaji selidik menunjukkan lebih 80 peratus memberi respons Amat Bersetuju bagi semua kategori.

Secara spesifik, statistik kaji selidik adalah 85 peratus mengatakan seminar ini berjaya disampaikan dengan jelas, murid memahami konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (81.87 peratus), aktiviti yang dilaksanakan adalah menarik (90.16 peratus), membantu proses pembelajaran murid (93.44 peratus) dan memenuhi kehendak sistem pembelajaran masa kini (81.97 peratus).

Malah, majoriti murid (95.08 peratus) amat bersetuju agar semua murid sekolah perlu mengikuti seminar ini.

Dalam seminar itu peserta mengikuti aktiviti yang padat antaranya termasuklah bengkel, simulasi, tayangan video dan persembahan.

Semua aktiviti itu berjaya memberi impak positif kepada peserta dari awal pagi hingga petang tanpa membosankan mereka.

Berdasarkan kejayaannya yang dibuktikan melalui statistik kajian rintis yang dilaksanakan, seminar seumpama ini akan dilaksanakan lagi dari semasa ke semasa

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140113/pe_01/Menjana-kemahiran-berfikir-aras-tinggi#ixzz2qEbv5NiR
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s