Muhyiddin tiba untuk lawatan kerja ke UK

LONDON 20 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini bagi memulakan lawatan kerja tiga hari ke United Kingdom untuk menghadiri Forum Pendidikan Sedunia (EWF) 2014 kali ke-11, di samping berbincang dengan pakar-pakar bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.

Ketibaan Muhyiddin disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi dan para pegawai di Hotel The Park Tower, Knightsbridge di sini.

Timbalan Perdana Menteri juga dijangka mengumumkan Laporan Awal Projek Kajian Asas Untuk Ditanda Aras Standard Antarabangsa Bahasa Inggeris Bagi Sekolah di Malaysia yang telah dijalankan oleh Panel Penilai Cambridge English.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Amin Senin berkata, sebelum ini, satu kajian telah diwujudkan untuk para guru dan tiba masanya pula dilakukan kepada pelajar bagi mengetahui tahap kefasihan bahasa Inggeris dalam kalangan mereka supaya suatu hari nanti, pelajar Malaysia turut mencapai standard antarabangsa dalam penguasaan bahasa tersebut.

Menurutnya, tujuan kajian tersebut ialah untuk memperkasa dan memastikan pelajar-pelajar di Malaysia fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seperti dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Jelasnya, cadangan daripada Cambridge English iaitu badan yang mempunyai kepakaran dalam bahasa Inggeris diterima oleh Kementerian Pendidikan pada 21 Januari 2013 bagi menilai secara komprehensif pembelajaran, pengajaran dan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah di Malaysia dari prasekolah hingga prauniversiti.

“Bermula bulan Oktober tahun lalu, kajian itu dilakukan di beberapa buah sekolah di Malaysia dan laporan awal akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri dalam pertemuannya dengan panel penilai Cambridge English dalam rangka lawatan ke sini nanti.

“Penemuan daripada kajian itu diharap membolehkan Kementerian Pendidikan menetapkan sasaran yang realistik untuk pembelajaran dan pengajaran masa depan serta menyediakan data asas yang boleh digunakan untuk memantau dan menilai sama ada sasaran dicapai atau sama ada pembaharuan pendidikan masa depan berjalan dengan sewajarnya,’’ katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Amin, antara bidang pengkajian yang dilakukan oleh Cambridge English di sekolah-sekolah di Malaysia ialah mengukur kefasihan pelajar dari prasekolah hingga tingkatan enam dan keupayaan serta amalan pengajaran oleh guru-guru di dalam kelas.

“Di samping itu, panel penilai turut melihat semula pentaksiran melalui peperiksaan dan menganalisis kurikulum, panduan pengajaran, bahan pengajaran dan data peperiksaan bahasa Inggeris yang diamalkan sekarang,’’ jelasnya

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140121/dn_02/Muhyiddin-tiba-untuk-lawatan-kerja-ke-UK#ixzz2qzt2ZwCT
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s