Yayasan 1MDB sumbang kelengkapan persekolahan

Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyalurkan sumbangan berupa kelengkapan persekolahan kepada 3,790 murid daripada enam buah sekolah rendah di Pahang yang terjejas akibat banjir awal Disember lalu.

Sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Badak, SK Bukit Rangin, SK Tanah Putih Baru, SK Sungai Isap, SK Batu Tiga dan SK Bukit Setongkol.

Ketua untuk program bantuan tersebut, Evant Fatihah Othman berkata, yayasan itu menyumbangkan dua pasang pakaian seragam sekolah, dua helai seluar atau kain sekolah dan sepasang kasut kepada setiap murid.

“Kami berharap bantuan ini dapat meringankan beban ditanggung setiap mangsa banjir dalam mengharungi sesi persekolahan tahun ini selain memberi peluang kepada mereka menjalani kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Kelengkapan Persekolahan Untuk Murid-Murid Sekolah Rendah Mangsa Banjir di Kuantan sumbangan Yayasan 1MDB baru-baru ini.

Yang turut hadir, Eksekutif Perhubungan Awam 1MDB, Shahrin Azlan Selamat dan Guru Besar SK Permatang Badak, Endon Sumin.

Selain bantuan persekolahan, Yayasan 1MDB telah menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri Pahang dalam bentuk sumbangan barangan makanan kering dan basah serta barangan kebersihan diri

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140127/pe_03/Yayasan-1MDB-sumbang-kelengkapan-persekolahan#ixzz2rYZBrDpT
© Utusan Melayu (M) Bhd

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s