Kementerian Pendidikan jangan kompromi

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta Kementerian Pendidikan tidak berkompromi terhadap seorang guru yang mendenda dua muridnya dengan menggantung loceng di leher dan mengarahkan mereka memakan rumput di sebuah sekolah di Sungkai, Perak, Khamis lalu.

Pertubuhan itu juga menyeru pihak kementerian mengambil tindakan serius terhadap guru berkenaan yang jelas disifatkan sebagai kurang ajar dan tidak memiliki sifat seorang pendidik.

Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Idris berkata, tindakan penukaran sekolah atau penggantungan terhadap guru terbabit adalah hukuman ringan dan tidak setimpal dengan perbuatannya yang memalukan pelajar, keluarga pelajar dan masyarakat Malaysia.

Beliau berkata, tindakan guru itu juga dianggap sebagai diskriminasi terhadap pelajar berkenan dan tidak sepatutnya terjadi di negara yang berbilang kaum ini.

“Jika dia mahu mendenda murid sekali pun lakukan dengan cara yang betul bukan melampau.

“Cara dia bukan saja tidak kena dengan sistem pendidikan di negara ini malah amat tidak patut apabila memalukan kanak-kanak sebegitu,” katanya yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, di sini hari ini.

Menurut Irwan Fahmi, selain laporan polis, Perkasa turut menyerahkan satu salinan video rakaman temu bual salah seorang murid yang menjadi mangsa dalam isu berkenaan.

Jelasnya, murid terbabit telah menceritakan pengalamannya itu di dalam video yang Perkasa rakamkan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140129/dn_18/Kementerian-Pendidikan-jangan-kompromi#ixzz2rprdbAZL
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s