Perkasa desak guru dihukum lebih keras

IPOH 28 Jan. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri mendesak hukuman lebih keras, termasuk dibuang kerja dikenakan ke atas seorang guru lelaki di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng, Sungkai yang bertindak melampau melayan dua murid tahun empat sekolah itu seperti lembu.

Ketua Wira Perkasa Perak, Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh berkata, keputusan Kementerian Pendidikan yang hanya menukarkan guru itu ke sekolah lain adalah tidak memadai dengan kesalahan yang dilakukan guru berkenaan.

‘‘Kementerian Pendidikan hanya menukarkan guru itu ke sekolah yang jaraknya hanya kira-kira 15 kilometer dari sekolah tempat dia mengajar.

‘‘Tindakan itu tidak memadai. Jadi kita minta agar guru tersebut dikenakan tindakan yang lebih tegas seperti dibuang kerja supaya ia menjadi pengajaran kepada guru lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis berhubung insiden tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.

Dalam kejadian Khamis lalu, guru lelaki berusia 26 tahun itu menggantung loceng dan memaksa dua murid tahun empat iaitu Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith memakan rumput kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

Guru yang baru dua tahun mengajar di sekolah itu bagaimanapun telah diberi amaran keras oleh Pengarah Pelajaran Perak, Muhamat Roli Hassan atas tindakan keterlaluannya sebelum dia kemudian dikenakan tindakan tukar sekolah oleh Kementerian Pendidikan.

Mohd. Hafez berkata, pihaknya melihat tindakan guru terbabit sebagai perbuatan biadab yang mencemarkan profesion pendidik.

‘‘Tindakan guru itu keterlaluan dan tidak wajar dilakukan oleh seorang pendidik. Bagaimana mahu mendidik murid jika perlakuan seperti ini pula ditunjukkan golongan tersebut,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140129/dn_17/Perkasa-desak-guru-dihukum-lebih-keras#ixzz2rprBZGpQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s