Pentadbir penentu keberhasilan murid

Dalam Anjakan Kelima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, kriteria pemilihan pentadbir sekolah, pengetua atau guru besar, bukan lagi berasaskan tempoh perkhidmatan tetapi berfokuskan kecekapan kepimpinan.

Hal ini kerana beberapa kajian antarabangsa tentang kepemimpinan sekolah menunjukkan bahawa pengetua atau guru besar yang cemerlang, iaitu yang memberi tumpuan kepada kepemimpinan instruksional dan bukannya kepemimpinan pentadbiran, dapat meningkatkan keberhasilan murid sebanyak 20 peratus.

Oleh sebab itu, bakal pentadbir sekolah dikehendaki mendapatkan sijil Kelayakan Profesional Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan (NPQEL) daripada Institut Aminuddin Baki (IAB) sebelum boleh dilantik sebagai pengetua atau guru besar.

Program NPQEL berlangsung dalam tempoh satu tahun, enam bulan pertama di IAB dan bakinya dilaksanakan di sekolah bagi Program Sandaran.

Dan salah satu program wajib untuk memenuhi keperluan kursus ini adalah program penanda arasan yang dilaksanakan selama dua minggu di sekolah terpilih dalam daerah peserta.

Menurut seorang peserta program penanda arasan ini, Norhayati Noor Aris, pendekatan tersebut bagus kerana memberi pendedahan dan pengetahuan yang lebih jelas serta tepat tentang pengurusan sekolah.

“Program penanda arasan ini membolehkan kita melihat idea, cara pengurusan dan kepimpinan di sekolah yang kita pilih untuk dijadikan contoh serta panduan,” katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sungai Besi Indah, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam tempoh menjalani ‘latihan praktikal’ itu, Norhayati berpeluang mendalami ilmu pengurusan yang berpandukan arahan selari dengan visi dan misi Kementerian Pendidikan.

Sebagai peserta program, beliau mendapat bimbingan khusus daripada Guru Besar SK Taman Sungai Besi Indah, Seti Sabariah Naim yang bertindak sebagai mentornya.

Kata Norhayati, peranan pihak luar sama ada pihak swasta atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang membantu kecemerlangan SK Taman Sungai Besi Indah akan dijadikan hipotesisnya.

“Penggunaan akhbar pendidikan Tutor UPSR yang dilanggan oleh pihak sekolah ini adalah satu contoh penglibatan pihak swasta untuk membantu memantapkan prestasi akademik murid-murid,” ujarnya.

SK Taman Sungai Besi Indah melanggan 1,200 naskhah Tutor UPSR untuk semua muridnya sebagai satu usaha mempelbagaikan bahan rujukan pembelajaran di samping untuk membudayakan amalan membaca di kalangan warganya

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140210/pe_01/Pentadbir-penentu-keberhasilan-murid#ixzz2ssCrDzZ6
© Utusan Melayu (M) Bhd

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s