PIBG bantu lahirkan modal insan berkualiti

Ibu bapa dan guru perlu bekerjasama dalam memainkan peranan mengikut keperluan yang digariskan dalam Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Operasi Pendidikan), Datuk Sufa’at Tumin berkata, kedua pihak perlu bersama di bawah platform Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam merangka pelan tindakan.

Menurutnya, PIBG merupakan mekanisme paling utama untuk menggerakkan usaha melahirkan murid yang berkualiti serta memiliki sahsiah tinggi seterusnya mewujudkan pendidikan berkualiti di sekolah.

“Persepsi bahawa tugas mendidik anak-anak ini hanya terletak di bahu guru harus dikikis kerana hakikatnya masa murid hanya terbatas di sekolah dan sebahagian besar masa mereka dihabiskan di luar sekolah atau di rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat PIBG Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Selangor baru-baru ini.

Majlis itu turut dihadiri Yang Dipertua PIBG SBPI Gombak, Datuk Rizuan Abd. Hamid dan Pengetua, Rahanim Abd. Rahim.

Dalam majlis itu, Yayasan Kepong menyumbang RM10,000 dan KAF Fund Management Sdn. Bhd., sebanyak RM20,000 ke dalam tabung PIBG SBPI Gombak bagi menggerakkan program pembangunan murid dan sekolah tersebut pada masa depan.

Sementara itu, menurut Rizuan, sumbangan dua syarikat terbabit membantu pihaknya meningkatkan kemudahan prasarana sekolah dan menyuntik pembangunan program pendidikan murid.

“Dua pihak terbabit memang setiap tahun menyumbang ke dalam tabung PIBG sekolah dan kita bersyukur kerana SBPI Gombak pada hari ini tersenarai antara 10 sekolah terbaik di kalangan sekolah berasrama penuh di seluruh negara,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140224/pe_02/PIBG-bantu-lahirkan-modal-insan-berkualiti#ixzz2uCG7Tqwz
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s