Tutor Utusan Malaysia tarik minat pelajar

ALOR GAJAH 24 Feb. – Kesan positif dalam meningkatkan prestasi akademik mendorong Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ade Putra, Masjid Tanah di sini untuk menjadikan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor sebagai bahan sokongan pembelajaran dalam kalangan pelajarnya.

Pengetuanya, Hamdan Hashim berkata, hasil penelitian penggunaan akhbar itu dalam proses pembelajaran dalam bilik darjah, ternyata amat membantu pelajar selain memudahkan guru.

Menurutnya, akhbar Tutor bukan sahaja sesuai digunakan untuk proses pengajaran, malah sebagai bahan latihan dan ulang kaji bagi memantapkan lagi pemahaman pelajar merangkumi pelbagai mata pelajaran.

“Pihak sekolah akan terus menjadikan Tutor sebagai pilihan utama bahan bantuan mengajar bagi mencapai sasaran meningkatkan kualiti pelajar dengan keputusan cemerlang dalam ujian serta peperiksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia selepas merasmikan Program Nilam Peringkat Sekolah dan Tutor Utusan Malaysia di sekolah tersebut di sini hari ini.

Yang hadir sama, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Salbiah Ahmad; Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Malik Ahmad dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Rosni Daud.

Program pelancaran Tutor Utusan Malaysia yang pertama kali dianjurkan di sekolah itu melibatkan penyertaan 626 pelajar tingkatan satu hingga enam.

Jelas Hamdan, selain pelajar, akhbar berkenaan turut menarik minat guru menggunakannya dalam mempelbagaikan teknik serta proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) semasa di dalam kelas.

“Bahkan dengan konsep menarik, berwarna-warni dan penuh dengan ilustrasi, meningkatkan lagi keterujaan pelajar untuk menggunakan alat bantuan mengajar ini,” tambah beliau.

Katanya lagi, pihak sekolah berharap semua pelajar dapat terus menggunakan Tutor terutamanya mereka yang bakal menduduki ujian dan peperiksaan sebagai persediaan awal.

“Selain di dalam kelas, akhbar ini juga diharap dapat digunakan pelajar semasa di luar kelas apabila ada kelapangan disebabkan saiznya kecil dan mudah dibawa ke mana-mana,” ujarnya

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140225/pe_02/Tutor-Utusan-Malaysia-tarik-minat-pelajar#ixzz2uI1zhFvw
© Utusan Melayu (M) Bhd

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s