Keputusan SPM 2013 Khamis ini

KUALA LUMPUR 13 Mac – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 akan diumumkan pada Khamis 20 Mac ini dan semua calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar.

“Calon SPM juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan melalui mySMS dengan menaip SPM diikuti nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran dengan setiap nombor itu dijarakkan dan dihantar ke 15888,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Jelasnya, perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi Khamis ini dan ditamatkan pukul 11.59 malam, 26 Mac ini.

“Pengumuman analisis keputusan pula akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Kementerian Pendidikan, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya pada pukul 9 pagi hari yang sama,” katanya.

Seramai 470,395 calon mendaftar menduduki SPM di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140314/pe_01/Keputusan-SPM-2013-Khamis-ini#ixzz2vtUWaBGa
© Utusan Melayu (M) Bhd

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s