MRSM galas peranan penting tingkat pendidikan bumiputera

MUKAH 17 Mac – Warga pendidik dan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf pendidikan khususnya dalam kalangan bumiputera di negara ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, penubuhan MRSM merupakan salah satu usaha kerajaan untuk melahirkan pelajar bumiputera cemerlang sejak 1972.

Beliau berkata, setiap tahun, terdapat kira-kira 40,000 permohonan diterima daripada anak bumiputera untuk memasuki MRSM tetapi hanya 7,000 tempat disediakan.

Kata beliau, menjadi harapan kerajaan menerusi institusi tersebut untuk melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dalam bidang akademik sekali gus melayakkan mereka memperoleh kerjaya yang baik.

“Justeru, kerajaan negeri dan Pusat di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) menyarankan anak bumiputera di Sarawak serta kawasan pedalaman lain merebut peluang menuntut di MRSM Mukah ini dengan bersungguh-sungguh.

“Ini kerana hanya pendidikan yang mampu membantu golongan bumiputera bersaing dengan kaum lain dan berupaya melaksanakan pembangunan sosio-ekonomi Sarawak dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis pemimpin bersama rakyat dan perasmian MRSM Mukah di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penghargaan merasmikan MRSM Mukah yang siap dibina pada Februari 2009 dengan kos berjumlah RM80 juta.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dan isteri, Puan Sri Jamilah Anu; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Terdahulu, Mohd. Shafie bersama Muhyiddin mengiringi calon Barisan Nasional (BN) Yussibnosh Balo bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian menyerahkan kertas pencalonan di Dewan Suarah Mesra Mukah di sini.

Mengulas lanjut, Mohd. Shafie berkata, ramai golongan bumiputera yang mendapat pendidikan tinggi di MRSM berjaya dalam pelbagai bidang seperti korporat, awam dan swasta.

Katanya, kejayaan itu harus dijadikan contoh kepada pelajar MRSM lain untuk turut sama berjaya, sekali gus membantu kerajaan mengubah nasib diri dan keluarga daripada belenggu kemiskinan.

MRSM Mukah dibuka secara rasminya pada 2010 dengan bilangan pelajar seramai 108 orang.

Kini, maktab tersebut mempunyai 533 pelajar terdiri daripada 235 lelaki dan 298 perempuan yang kebanyakannya merupakan anak penduduk tempatan Mukah.

Antara yang menjadi pelajar di situ ialah dua orang anak kepada Yussibnosh

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140318/pe_01/MRSM-galas-peranan-penting-tingkat-pendidikan-bumiputera#ixzz2wMqRg8fO
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s