497 pelajar dapat semua A

KUALA LUMPUR 19 Mac – Bilangan calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 meningkat kepada 497 orang berbanding 450 pada 2012.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin bagaimanapun berkata, pada dasarnya keputusan itu tidak boleh dibandingkan secara khusus dengan keputusan peperiksaan tahun lalu berikutan format yang berbeza.

“Namun, secara umumnya prestasi calon STPM 2013 lebih baik berbanding pencapaian pada 2012.

“Pencapaian calon keseluruhan boleh dilihat dari dua aspek iaitu Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) dan kelulusan peringkat prinsipal,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan MPM, Bandar Baru Selayang dekat sini hari ini.

Pelajar yang menduduki STPM 2013 merupakan calon kohort pertama bagi sistem pentaksiran baharu yang dilaksanakan MPM setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.

Seramai 58,402 calon mendaftar untuk menduduki STPM 2013 berbanding 54,645 pada 2012.

Dalam pada itu, Mohd. Noh berkata, PNGK bagi STPM 2013 menunjukkan peningkatan kepada 2.55 berbanding 2.24 pada 2012.

Katanya, sebanyak 492 calon atau 0.89 peratus memperoleh PNGK 4.00 berbeza dengan 2012 iaitu 442 (0.86 peratus) sekali gus mempamerkan peningkatan sejumlah 50 calon.

“Daripada jumlah itu, 273 adalah calon aliran sastera dan 219 lagi mengambil jurusan sains.

“Sebanyak 284 pelajar adalah calon perempuan manakala 208 lagi lelaki,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn berkata, seramai lapan calon mencapai keputusan cemerlang iaitu gred A dalam lima mata pelajaran.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Noh mengumumkan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang muncul sekolah cemerlang STPM 2013 apabila memperoleh 3.42 Gred Purata Sekolah (GPS) sekali gus mengekalkan pencapaiannya selama enam tahun berturut-turut sejak 2008.

“Buat pertama kali, anugerah khas diberikan kepada sekolah ini dan mereka menerima wang RM1,000, sijil penghargaan dan sebuah plak,” katanya

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140320/pe_01/497-pelajar-dapat-semua-A#ixzz2wSGF50SU
© Utusan Melayu (M) Bhd

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s