Sekolah guna Tutor secara intensif

Sekolah Pintar Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang menggunakan Tutor Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) secara intensif sebagai bahan pengukuhan, pengayaan dan bimbingan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, sejak majlis penyerahan Tutor pada Februari lalu, guru-guru mula menggunakannya sebagai bahan perbincangan, dan minat calon UPSR untuk belajar menggunakan bahan itu cukup ketara.

Di beberapa sekolah, ada kelas yang murid-muridnya mulai bertanya tentang Tutor pada setiap Isnin dan ada guru kelas yang mula membuat fail peribadi bagi membolehkan bahan disimpan secara lebih kemas, boleh diulang pakai dan mematuhi prinsip pembelajaran secara latih tubi.

Malah, dalam tempoh yang singkat, ada guru yang meyakini cara persembahan santai Tutor mampu meningkatkan pencapaian akademik calon UPSR di sekolah masing-masing.

Peningkatan akademik dalam kalangan pelajar juga mula dikesan, kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Laksamana di Alor Setar, Kedah, Zakaria Ansori Ali.

Bila tiga set peperiksaan pra percubaan dan ujian percubaan Tutor dikeluarkan nanti, pihaknya akan menggunakan sebagai pra persediaan ujian peringkat daerah.

Setelah meneliti kadungan Tutor, Zakaria mengakui soalan yang terkandung dalam Tutor UPSR memang banyak dan mencukupi untuk kegunaan guru.

Beliau juga berkata, taklimat yang diberikan oleh pihak Utusan Malaysia kepada 33 guru sekolahnya juga jelas dan memberi gambaran keseluruhan tentang produk pendidikan itu.

Program taklimat itu merupakan salah satu daripada program Latihan Dalam Perkhidmatan sekolah berkenaan, kata Zakaria, sambil menambah, beliau telah memberitahu guru telibat tentang peranan masing-masing selepas mengikuti program taklimat yang pertama pada Februari lalu di Bangi, dan akan menubuhkan jawatankuasa bagi menambah baik pengunaan Tutor.

Taklimat oleh Pengarang Pendidikan, Wahid Hashim di ke semua 13 buah sekolah Pintar TNB di Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang baru-baru ini menekankan prinsip latih tubi daripada aspek kuantitatif dan kualitatif supaya Tutor dapat memberi impak yang maksimum kepada program kecemerlangan akademik di sekolah.

Pada majlis di Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Laksamana di Alor Setar, Kedah, Ketua Tanggungjawab Korporat TNB, Ahmad Zaki Rasid turut menyerahkan kata laluan adaponline sebagai pakej program Pintar TNB untuk kegunaan semua calon yang akan menduduki UPSR 2014.

Ahmad Zaki dalam ucapannya menekankan perihal keseriusan pihak TNB membantu anak-anak luar bandar dalam bidang akademik, dan telah membelanjakan dana cukup besar bagi tujuan itu.

Di SK Kampong Salang, Kangar, pengunaan Tutor membantu memperkaya bahan latih tubi di sekolah berkenaan khususnya menjelang peperiksaan nanti.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah itu, Lasznah Hamid berkata, guru akan berbincang dengan murid setelah membuat latihan yang disediakan Tutor.

Penggunaan di SK Lahar Yooi, Tasik Gelugor Pulau Pinang lebih intensif apabila setiap kelas menyediakan fail peribadi Tutor secara individu.

“Apabila tiba hari Isnin, murid akan bertanya tentang bahan Tutor,” kata Guru Penolong Kanan 1, Nor Azizah Mustaffa.

Cara berkenaan akan membolehkan murid mengulang kaji dan membuat pengulangan latihan berulang kali selaras dengan keperluan pembelajaran latih tubi.

Warga SK Basia Lama di Gerik, Perak berterima kasih kepada program Pintar TNB kerana membuat langkah bijak melalui penajaan berkenaan.

Bagi sekolah luar bandar yang murid-muridnya terdiri daripada anak-anak tempatan Melayu dan Orang Asli, bahan sokongan bermutu seperti itu sangat membantu program yang diatur oleh pihak sekolah, kata Guru Besarnya, Abdul Malik Abdul Rahman.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140331/pe_01/Sekolah-guna-ITutorI-secara-intensif#ixzz2xV7n9oM4
© Utusan Melayu (M) Bhd

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s