Guru langgan pendidikan Tutor bantu murid

NIBONG TEBAL 31 Mac – Sekumpulan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kledang Jaya di sini tekad mengeluarkan belanja sendiri melanggan akhbar peperiksaan Tutor Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) demi mempersiap anak didik menghadapi peperiksaan sebenar.

Guru Besar sekolah itu, Nazarudin Shaari berkata, penggunaan akhbar berkenaan diyakini dapat mendedahkan murid kepada soalan-soalan peperiksaan sebenar, sekali gus mencapai kejayaan yang membanggakan.

Katanya, akhbar Tutor merupakan antara bahan latihan terbaik yang boleh digunakan di dalam kelas.

“Tahun ini, kita ada 37 murid yang akan menduduki UPSR dan langkah menggunakan akhbar Tutor ini dilihat mampu merealisasikan sasaran sekurang-kurang 10 murid memperoleh lima A nanti,” katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan di sini hari ini.

Tambah Nazarudin, pihak sekolah akan terus komited untuk memberikan latihan dan kelas tambahan kepada semua murid, khususnya yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

“Kita sedar ramai dalam kalangan murid sekolah ini datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

“Jadi sikap keterbukaan para guru untuk melanggan akhbar Tutor ini adalah sebagai inisiatif dalam memastikan semua murid didedahkan dengan latihan dan kelas tambahan sebelum menjelang peperiksaan,” katanya.

Sementara itu, Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah berkenaan, Yusni Ali yang juga penyelaras projek akhbar pendidikan Tutor sekolah itu berkata, para guru berasa terpanggil dalam memastikan murid diberi persediaan mencukupi sebelum menghadapi peperiksaan.

“Kita tidak mahu ada murid yang tercicir dan disebabkan itu para guru bersedia untuk melakukan apa sahaja demi kejayaan anak-anak didik.

“Melalui akhbar Tutor UPSR ini kami mahu mendedahkan murid kepada format soalan-soalan peperiksaan sebenar supaya mereka akan lebih bersedia dan mendapat keputusan cemerlang,” katanya

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140401/pe_02/Guru-langgan-pendidikan-Tutor-bantu-murid#ixzz2xaj5wPGa
© Utusan Melayu (M) Bhd

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s