Tutor Utusan bantu latih tubi pelajar

KOTA KINABALU 13 April – Bagi memastikan pelajarnya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini, Sekolah Menengah (SM) La Salle, Kota Kinabalu bertindak proaktif dengan melanggan akhbar pendidikan Utusan Malaysia iaitu Tutor SPM dan PT3.

Guru Perpustakaan dan Media sekolah itu, Aisah Rastim berkata, akhbar pendidikan tersebut sangat berguna kepada pelajar untuk melakukan latih tubi bersendirian atau secara berkumpulan, sebagai persiapan terbaik mereka untuk menghadapi peperiksaan SPM dan PT3 tahun ini.

Menurutnya, walaupun diberikan banyak latihan oleh guru termasuk melakukan latihan dalam Tutor, pelajar tidak pernah mengeluh, malah amat menyukai kandungan Tutor yang padat dengan soalan-soalan peperiksaan berkualiti.

“Sebahagian besar daripada pelajar sekolah ini sebenarnya merupakan pelanggan Tutor secara persendirian. Walau bagaimanpun, sekolah cuba bantu mereka yang belum lagi melanggan akhbar pendidikan ini.

“Justeru, kita mengambil pendekatan bekerjasama dengan pihak Utusan Malaysia di Sabah untuk melanggan Tutor SPM dan PT3 buat pelajar SM La Salle,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

SM La Salle melanggan Tutor SPM sebanyak 1,569 naskhah manakala PT3 pula 438 naskhah.

Tambah Aisah, sambutan pelajar terhadap Tutor SPM dan PT3 amat baik, malah ibu bapa mereka juga menggalakkan penggunaan akhbar pendidikan ini bagi membolehkan anak-anak mereka membuat latih tubi.

Katanya, soal terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tidak timbul kerana harga senaskhah akhbar pendidikan Utusan Malaysia itu sangat berpatutan dan murah berbanding buku rujukan atau buku latihan lain.

Mengenai penambahbaikan, beliau berharap pihak pengarang Tutor SPM dapat membuat soalan latihan yang lebih banyak bagi Kertas 3 Sejarah.

“Cadangan saya ini diharap dapat dipertimbangkan oleh pihak Utusan kerana kami mahu membantu pelajar menguasai cara menjawab Kertas 3 Sejarah memandangkan ia merupakan subjek wajib lulus mulai tahun lalu,” ujarnya.

Bagi sekolah di negeri ini yang berminat melanggan Tutor, boleh menghubungi nombor telefon Eksekutif Pemasaran Sabah, Celestina Ubing, 012 802 0261, untuk keterangan lanjut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140414/pe_01/Tutor-Utusan-bantu-latih-tubi-pelajar#ixzz2yocGSLzv
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s