Kepemimpinan berkesan dalam organisasi sekolah

  Kejayaan sesebuah sekolah dalam bidang akademik dan kokuriklum sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan tidak akan berjaya sekiranya tiada kepemimpinan yang berkesan di peringkat pengurusan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, menerusi kepimpinan yang berkesan di peringkat sekolah, apa jua usaha yang dilakukan boleh dicapai dan mendapat sokongan dari semua pihak. “Pastikan sesebuah sekolah itu diurustadbir dengan baik. Caranya tidak lain tidak bukan menerusi kepemimpinan atau ketua organi­sasi yang baik serta berkesan oleh pengetua atau guru besar. “Saya yakin bahawa jika ia dapat dilakukan secara berterusan ia akan menjadi ikutan sehingga diperingkat bawahan,” katanya dalam Majlis Temu Mesra Alumni Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah (STAD) semalam. Yang turut hadir Pengetua Cemerlang sekolah berkenaan, Md. Fiah Md. Jamin; Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Pelajar STAD, Hamdan Othman dan YDP Alumni STAD, Prof. Datuk Dr. Sufian Azirun. Ketika berucap dalam majlis itu, Mohamad juga mahu supaya bekas pelajar sekolah yang kini berjaya dalam bidang masing-masing agar turut bersama-sama menabur bakti di sekolah masing-masing. Jelasnya, ia sebagai tanda menghargai pengorbanan warga pendidik dan institusi pendidikan awal yang berjasa sehingga mereka menjawat jawatan tertinggi dalam pelbagai bidang. “Baliklah ke sekolah dan curahkan kembali jasa kita kepada sekolah yang selama ini banyak mendidik kita untuk menjadi insan berjaya. “Saya juga mahu melihat supaya walaupun kita menyumbang kepada pihak sekolah, pada masa sama pihak sekolah juga perlu memainkan peranan dalam melonjakkan pencapaian mereka dalam pelbagai bidang,” katanya.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s