Usaha perkasa guru Bahasa Inggeris perlu dilipat ganda

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyambut baik inisiatif pihak institusi pengajian tinggi (IPT) serta agensi luar dalam usaha meningkatkan kecekapan guru Bahasa Inggeris di negara ini, malah perlu dilipatgandakan. Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Rahim Abu Bakar berkata, bidang pengajaran pada masa kini memerlukan sesuatu yang kreatif dan berbeza, selain tidak hanya bergantung kepada buku teks semata-mata. Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab golongan pendidik untuk mengubah gaya pengajaran terhadap pelajar bagi meningkatkan minat serta menjadikan mereka lebih kreatif. “Teknik pengajaran bahasa akan menjadi kreatif sekiranya guru sentiasa mencari inisiatif berbeza semasa mengajar seterusnya menjadikan pelajar lebih kreatif “Sehubungan itu, saya berharap semua guru terutamanya guru Bahasa Inggeris menyedari kepentingan menggunakan pelbagai pendekatan serta material pengajaran yang baik agar pelajar bersemangat dan sentiasa berhubung dengan persekitaran pengajaran dan pembelajaran,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena perasmian Persidangan Antarabangsa Pengajaran Bahasa Inggeris (ICELT) 2015, di sini hari ini. Jelas Rahim, persidangan dengan tema ‘Guru Kreatif, Pelajar Cekap’ itu berbeza dengan kebanyakan persidangan lain kerana mendekatkan guru dengan pembangunan profesional dan tidak berkaitan dengan bidang pengajaran semata-mata. ”Penglibatan pihak lain termasuk pemuzik, penyair, tukang cerita dan pelakon dalam persidangan ini juga sesuatu yang bijak dalam usaha menjadikan mereka sebagai rujukan guru untuk memperkayakan teknik pengajaran,” ujarnya. Sementara itu, tambah beliau, kementerian memerlukan sistem pendidikan yang berkembang dalam usaha untuk mempersiapkan diri menghadapi kesukaran terutamanya mendidik pelajar luar bandar yang berbeza dari segi persediaan serta persekitaran pembelajaran di bandar. “Saya percaya teknik pengajaran yang baik perlu ditekankan terlebih dahulu sebelum kita memutuskan untuk mewajibkan lulus Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s