My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

NPQEL medan lahirkan pengetua, guru besar berprestasi tinggi

SEJAK diperkenalkan 17 tahun lalu, Program Kelayakan Profesional Pemimpin Kebangsaan (NPQEL) berjaya melahirkan lebih 5,000 pengetua dan guru besar yang mampu memikul tanggungjawab memimpin sekolah ke arah kecemerlangan.

  NPQEL yang sebelum ini dikenali sebagai Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) dan telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 Jun 1999 adalah satu program latihan kepada bakal pengetua dan guru besar.
Program latihan yang merangkumi keseluruhan asas kompetensi itu adalah inisiatif Kementerian Pendidikan bagi memperkasakan bidang pengurusan dan kepemimpinan sekolah melalui penyediaan satu kelompok warga pendidik yang bersedia menjalankan amanah tersebut.
Justeru, Pengarah Institut Aminudin Baki (IAB), Serina Sauni berkata, bermula bulan Julai tahun lalu, setiap pengetua dan guru besar perlu mendapatkan sijil NPQEL sebelum menyandang jawatan berkenaan.
“Keputusan ini selaras dengan Anjakan Kelima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 iaitu memastikan pemimpin berprestasi tinggi di setiap sekolah,’’ katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Mengulas lanjut Serina berkata, dalam konteks pelaksanaan NPQEL, IAB mempunyai tanggungjawab besar untuk membentuk barisan bakal kepemimpinan sekolah termasuk menyediakan serta mengemas kini modul latihan program itu supaya mereka berupaya mendepani cabaran pengurusan sekolah pada masa akan datang.
“Usaha ini juga hanya mampu dicapai dengan adanya barisan kepemimpinan sekolah yang berkualiti dan berkebolehan tinggi,’’ katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan kata Serina, bermula bulan Julai 2011, NPQEL telah mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melaksanakan mod pengajian selama lima bulan yang diadakan secara dalam kelas dan e-pembelajaran.
Katanya, sepanjang lima bulan pengajian, para bakal pengetua dan guru besar perlu menjalani pembelajaran dalam kelas selama enam minggu manakala 14 minggu lagi dilaksanakan secara e-pembelajaran.
Ketika dalam pengajian para peserta perlu menjalani dua program penting iaitu Penandaarasan dan Sandaran iaitu langkah terakhir sebelum mereka layak menerima sijil NPQEL.
“Penandaarasan adalah satu aktiviti yang menempatkan para peserta di sekolah terpilih untuk melakukan penilaian manakala sandaran pula adalah satu latihan praktikal di sekolah asal mereka.
“Dua program ini menjadi elemen utama NPQEL iaitu para peserta akan mendapat bimbingan pengetua dan guru besar terpilih di bawah seliaan para pensyarah IAB,” katanya.
Peranan IAB
Menyentuh peranan IAB, Serina berkata, institut itu sentiasa mendukung amanah dalam usahanya melahirkan bakal pemimpin sekolah yang mempunyai ketrampilan tinggi bagi mengangkat martabat pendidikan negara.
“Diharapkan para peserta NPQEL dapat memanfaatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan kita,’’ katanya lagi.
Dalam perkembangan sama, Ketua Jabatan Pembangunan Pemimpin Pelapis dan Eksekutif Pendidikan IAB, Asiah Yaacob Khan berkata, NPQEL dibentuk berdasarkan lapan bidang dan tujuh modul utama serta tiga modul tambahan.
Menurut Asiah, setiap modul dan kurikulum direka bentuk dengan mengambil kira kompetensi yang diperlukan oleh kepemimpinan sekolah bagi melahirkan bakal pengetua dan guru besar yang berkualiti tinggi.
Beliau berkata, IAB mengambil 1,740 peserta NPQEL pada setiap tahun yang dilakukan sebanyak dua kali kemasukan iaitu pada bulan Januari dan Jun dengan permohonan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal rasmi IAB.
Jelasnya, permohonan terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun dan mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Gred A purata 85 markah ke atas dalam tempoh tiga tahun terkini serta mendapat sokongan ketua jabatan.
“Selepas disenarai pendek, hanya calon berjaya akan dipanggil untuk temuduga sebelum nama yang layak diumumkan untuk menyertai NPQEL.
“Tapisan ini bertujuan memilih bakal kepemimpinan sekolah yang mampu menjayakan agenda transformasi pendidikan negara dan boleh mendepani cabaran pengurusan sekolah berdasarkan kemahiran mereka sendiri,” katanya.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: