19 wakil Malaysia ke pertandingan robotik dunia

Seba­nyak 19 pasukan terdiri daripada 57 peserta akan mewakili kontinjen Malaysia untuk memburu gelaran juara keseluruhan buat kali kelima dalam Pertandingan Robotik Dunia (WRO) yang berlangsung di Doha, Qatar bermula Jumaat ini. Pasukan-pasukan tersebut di­pilih oleh Kementerian Pendidikan selepas kejayaan mereka dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) menewaskan 2,830 pasukan sekolah-sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, melalui kejohanan robotik itu, murid-murid sekolah berpeluang untuk memperoleh pengalaman pembelajaran secara ‘hands on’ serta memupuk minat untuk mengukuhkan potensi dan kreativiti mereka. Menurut beliau, pihak kementerian sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan para pelajar, baik yang bersekolah di bandar mahupun di luar bandar terutama dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). “Program seperti ini dapat me­ningkatkan kemahiran murid-murid untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta mengaplikasikan ilmu pengetahuan menggunakan komputer untuk memprogramkan robot masing-masing. “Pelbagai ciptaan hebat dan persembahan yang mengagumkan telah dipamerkan dalam NRC, saya yakin kontinjen negara mampu beraksi cemerlang dan mengatasi pencapaian pada tahun-tahun lepas,” katanya ketika berucap dalam majlis penghantaran peserta pertandingan itu di sini hari ini. Malaysia pernah meraih gelaran juara keseluruhan WRO sebanyak empat kali iaitu pada 2009, 2010, 2012 dan 2013. Tambah Amin, setiap pasukan yang terlibat harus mencerminkan tahap keupayaan, kompetensi dan penguasaan masing-masing terhadap konsep, prinsip, aplikasi ilmu dan kemahiran yang dikuasai dalam usaha memberikan saingan yang hebat kepada pasukan dari seluruh negara. “Saya menaruh harapan tinggi bahawa kesemua 19 pasukan yang terpilih mewakili negara akan bersaing dengan semangat juang yang tinggi serta mempamerkan kesungguhan dan keupayaan semaksimum mungkin,” katanya. Sementara itu, seorang peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Bestari, Selangor, Nurain Farzana, 16, berkata, pasukan mereka menyasarkan untuk menjadi johan dalam pertandingan berkenaan. Katanya, robot ciptaan mereka yang diberi nama ‘Warr Mark 17’ mampu membantu manusia menerusi aspek galian dengan meneroka sumber semula jadi di kawasan-kawasan yang berbahaya termasuk di medan perang. “Walaupun mendapat tempat kedua dalam NRC, pasukan kami percaya bahawa robot ‘Warr Mark 17’ ini mampu membuktikan sesuatu serta dapat mencipta sejarah untuk membanggakan sekolah dan negara. “Program seperti ini perlu dite­ruskan kerana jelas memberi pelbagai elemen positif serta dapat meningkatkan pengalaman dan mempamerkan kebolehan murid-murid terutama dalam bidang sains dan teknologi –

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s