Keputusan SPM dorong Nor Emylia berusaha cipta kejayaan cemerlang

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang memberangsangkan menjadi pendorong kepada Nor Emylia Shahira Mahammad Zain, 21, untuk berusaha keras mencipta kejayaan sehingga muncul sebagai Pelajar Terbaik Akademik dalam Majlis Kon­vokesyen Ke-83 Universiti Tek­nologi Mara (UiTM) ca­wangan Kelantan di sini semalam. Nor Emylia Shahira berkata, keputusan 6A dalam peperiksaan SPM telah membangkitkan se­mangatnya untuk bertekad ma­hu terus membanggakan ibunya, Wan Noriah Wan Omar, 61 dan bapa, Mahammad Zain Mohd. Amin, 72, ketika diterima masuk ke UiTM. “Saya tidak mahu melihat wajah ibu yang kecewa buat kali kedua dan Alhamdulillah setiap semester saya mendapat anugerah dekan dalam jurusan Diploma Sains Kuantitatif,” katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen tersebut. Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, kejayaan pasti akan dicapai sekiranya setiap apa diusahakan dila­kukan dengan bersungguh-su­ngguh sama ada dalam bidang akademik atau koku­rikulum. “Tiada mustahil untuk ber­jaya, yang penting tumpu se­penuh perhatian dan berusaha gigih dalam apa sahaja yang mahu dilakukan selain me­nguruskan masa dengan baik mengikut keutamaan perkara yang dilakukan,” katanya. Katanya, solat tahajud dan sembahyang hajat setiap hari juga antara rahsia kejayaannya mendapat keputusan cemerlang dalam akademik. “Saya bersyukur dan gembira kerana penat lelah saya selama ini membuahkan hasil. “Amalan setiap kali sebelum saya mengulang kaji pelajaran itu juga mendatangkan hasil memberangsangkan,” katanya. Nor Emylia Shahira yang bercita-cita menjadi pensyarah kini melanjutkan pengajian Ijazah Sains Matematik di UiTM cawangan Kelantan. Dia antara 806 pelajar yang menerima sijil graduasi selepas berjaya menamatkan pengajian masing-masing dalam pelbagai jurusan.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s