My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Graduan perlu bijak buat pertimbangan – Rosmah

Negara memerlukan graduan yang bijak membuat pertimbangan serta faham erti perpaduan, bukannya bertindak sesuka hati tanpa menghiraukan undang-undang dan Perlembagaan.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, sebagai anak muda yang diberi pengiktirafan pendidikan, graduan tidak boleh menjadikan jalanan dan demonstrasi sebagai tempat menyuarakan pendapat serta ketidakpuasan hati.

“Ilmu adalah faktor yang membezakan kita. Tanpa ilmu, sudah tentu manusia akan hilang pertimbangan, seterusnya bertindak di luar kewajaran dan rasional,” katanya ketika berucap dalam Majlis Konvokesyen Ketiga Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi PICOMS, Datuk Mahammad Zubir Sheikh Saad.

Sebanyak 986 graduan me­nerima sijil diploma dalam jurusan masing-masing dalam majlis tersebut.

Menurut Rosmah, beliau berharap PICOMS bukan sahaja dapat menyediakan landasan untuk me­nuntut ilmu pengetahuan, tetapi dalam penjanaan generasi ber­akhlak dan mempunyai keperibadian tinggi.

“Anak muda generasi 1Malaysia mestilah berwawasan, berdaya saing, cergas, berketerampilan, cekal, bekerja keras, kreatif, berakhlak mulia serta gigih berusaha mencungkil potensi dan mengembangkan keupayaan diri.

“Sesungguhnya graduan adalah pemangkin, tulang belakang dan juga pewaris keutuhan serta jatuh bangunnya negara kita yang tercinta ini,” katanya.

Dalam pada itu, Rosmah juga menggalakkan graduan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, selain merebut peluang pekerjaan.

“Selain bekerja makan gaji, gra­duan harus berani menceburkan diri dalam bidang keusahawanan selaras dengan gagasan Perdana Menteri yang melancarkan Program e-Usahawan baru-baru ini,” katanya

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: