My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Kementerian arah tarik balik buku teks Sejarah tahun 6

ALOR GAJAH 2 Dis. – Kementerian Pendidikan telah mengarahkan kesemua buku teks Sejarah tahun 6 ditarik balik ekoran kesalahan maklumat mengenai kedudukan Melaka dalam peta Semenanjung yang di­cetak pada buku tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu diambil perhatian serius oleh kementerian dan syarikat pencetakan bertanggungjawab telah dimaklumkan me­ngenai arahan berkenaan bagi mengambil tindakan segera.

Beliau juga telah dimaklumkan bahawa syarikat pencetakan tersebut sudah mencetak semula bahagian muka surat yang mengandu­ngi kesilapan maklumat pada peta.

“Selepas menarik balik buku teks ini, segala kos pencetakan harus ditanggung sendiri oleh syarikat pencetakan tersebut sebelum boleh diedarkan kepada sekolah mulai Januari tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Kenegaraan Kebangsaan 2015 di A’Famosa Resort, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof.

Jelas Mahdzir, kesilapan cetakan pada lembaran satu muka surat teks sejarah itu berlaku apabila perkataan Melaka diletakkan di bahagian Pantai Timur berhampiran Kelantan.

Sementara itu, katanya, konvensyen selama tiga hari itu diharap dapat memberi pendedahan kepada para pegawai pendidikan di seluruh peringkat jabatan untuk mendapat pelbagai maklumat terkini.

Katanya, suntikan semangat perpaduan menjadi elemen pen­ting dalam menjamin keharmonian dan kelangsungan negara bangsa melalui pendidikan.

“Kefahaman jelas mengenai asas pembentukan negara bangsa ini akan menyelamatkan perpaduan dan keharmonian negara daripada ‘ranap’ dilanda ancaman dan cabaran yang semakin parah,” katanya.

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: