My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

UUM cipta BacaDisleksia : Bantu kanak-kanak disleksia belajar bahasa dan matematik

Dr. ZULIKHA  JAMALUDIN  menunjukkan pingat emas dimenanginya  Dr. ZULIKHA JAMALUDIN menunjukkan pingat emas dimenanginya bagi projek BacaDisleksia: Aplikasi Sokongan Untuk Bahasa Melayu dalam Persidangan Antarabangsa dan Pameran Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur , baru-baru ini. BERNAMA

ALOR SETAR 29 Dis. – Kanak-kanak yang mempunyai masalah disleksia kini boleh dibantu dengan aplikasi pembelajaran interaktif, ‘BacaDisleksia: Aplikasi Sokongan Untuk Bahasa Melayu’.

Aplikasi yang dicipta Prof Dr. Zulikha Jamaludin dari Pusat Pengajian Pengkomputeran (SoC) Universiti Utara Malaysia bersama Dr. Husniza Husni dan Dr. Mustafa Muwafak Alobaedy itu mula dibangunkan lapan bulan lalu dengan kos kira-kira RM40,000.

Alat ini dilengkapi teks dan warna yang diguna dalam reka bentuk interaksi (IxD), didapati mampu membantu kanak-kanak disleksia membaca lebih baik.

“Seramai 28 kanak-kanak disleksia berusia antara tujuh hingga 14 tahun telah terlibat dalam kajian ini untuk reka bentuk persona Cooper yang diasaskan daripada teori IxD,” kata Zulikha dalam kenyataan hari ini.

Kandungannya terdiri daripada tiga peringkat membaca yang mewakili tiga tahap kerumitan corak suku kata.

Malah guru boleh menambah, menyunting, merakam sebutan yang betul atau memadam perkataan dan ayat di semua peringkat membaca.

“Walaupun aplikasi ini dikhususkan untuk pengajaran Bahasa Melayu, ia boleh juga digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, dan Matematik.

“Aplikasi ini juga telah dibangunkan menggunakan Windows Presentation Foundation (WPF) dan pangkalan data SQL Server (Microsoft),” katanya.

Aplikasi tersebut kini sudah diguna pakai oleh murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan pelbagai masalah membaca (disleksia, disgrafia, diskalkulia, dan Nonverbal Learning Disorder (NVLD) di beberapa buah sekolah di Kedah dan Kelantan.

Ia berjaya meraih pingat emas dalam Persidangan Antarabangsa dan Pameran Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi (PECIPTA) 2015 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: