My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

TNB bantu persekolahan 200 murid di Bagan Datoh

KHAIRUDDIN TARMIZI (tengah) dan Mohd. Zahir Md. Nagor bersama KHAIRUDDIN TARMIZI (tengah) dan Mohd. Zahir Md. Nagor bersama ibu bapa, guru dan murid yang menerima bantuan kelengkapan persekolahan dalam program Kembali ke Sekolah di SK Simpang Empat, Hutan Melintang, Bagan Datoh, Perak, semalam.

BAGAN DATOH 30 Dis. – Seramai 200 murid dari keluarga berpendapatan rendah di kawasan Parlimen Bagan Datoh menerima kelengkapan persekolahan sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai RM225 setiap seorang di sini hari ini.

Pengurus Besar Negeri (Perak), Bahagian Pembahagian TNB, Datuk Mohd. Zahir Md. Nagor berkata, TNB amat memahami kekangan kewangan yang dihadapi golongan tersebut terutama mereka yang mempunyai anak yang ramai dalam mempersiapkan kelengkapan persekolahan anak masing-masing.

Justeru, kata Mohd. Zahir, sumbangan pakaian seragam sekolah, kasut, beg serta peralatan alat tulis yang diberikan kepada murid tahun satu hingga tahun enam dalam program Kembali ke Sekolah itu diharap mampu meringankan bebanan yang ditanggung mereka.

“TNB menyumbang set kelengkapan sekolah membabitkan peruntukan bernilai RM900,000 kepada 4,000 murid di 16 kawasan Parlimen di lapan negeri iaitu Sabah, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Sumbangan ini tidak ada sebarang agenda tersembunyi. TNB memberi sumbangan ini semata-mata mahu melihat semua anak-anak di negara ini dibekalkan dengan ilmu pengetahuan termasuk pendidikan yang sempurna.

“Saya berharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penerima,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pe­n­yampaian sumbangan itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat, Hutan Melintang.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ketua Pegawai Pembantu Khas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Khairuddin Tarmizi yang mewakili Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Mohd. Zahir berkata, program berkenaan merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) TNB dalam bidang pendidikan bagi meringankan beban kewangan yang perlu ditanggung golongan kurang berkemampuan.

“Program ini kita laksanakan sejak 2013 dan untuk dua tahun lepas sahaja, seramai 3,788 murid dari 187 sekolah menerima sumbangan berkenaan,” katanya

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: