My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Tutor: Platform pembelajaran abad ke- 21

Portal Pendidikan Utusan Malaysia, http://www.tutor.com.my yang dibangunkan sejak tahun 2001 dengan konsep latih tubi untuk kegunaan murid meningkatkan prestasi akademik mereka, kini melalui proses transformasi dengan menyediakan bahan yang membantu guru dalam proses mereka bentuk pengajaran abad ke-21 berasaskan satu model yang diiktiraf antarabangsa iaitu Model Reka Bentuk Pengajaran ASIE.

Pengasas Model Reka Bentuk ASIE ini, Dr. Ismail Zain berkata, guru boleh menggunakan kandungan Tutor.com.my sebagai bahan tambahan bagi membantu mereka memenuhi keperluan hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran.

“Bahan-bahan dalam tutor.com.my ini mengandungi pelbagai cadangan untuk aktiviti dan pembentukan soalan berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta corak Pembelajaran Abad Ke-21.

“Untuk melengkapkan perancangan pengajaran guru, Model ASIE digunakan sebagai mekanisme perancangan yang memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), manakala pihak pentadbir sekolah dan SISC+ pula dapat menggunakan model ini bagi memantau tahap pemahaman guru melaksanakan PdP dalam konteks corak pembelajaran abad ke-21.” jelas bekas Pensyarah Cemerlang Gred Khas B di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dan Penasihat Tutor ini.

Model ASIE telah menerima peng­iktirafan antarabangsa apabila menerima Anugerah Persembahan Terbaik Keseluruhan dan Anugerah Persembahan Terbaik Untuk Sesi Teknologi dan Pembelajaran Dalam Talian di Persidangan Pendidikan Antarabangsa 2015 di Beijing, China serta Anugerah Persembahan Terbaik di Persidangan Pendidikan Antarabangsa London di United Kingdom (UK) pada September tahun lalu.

Selain itu, Model ASIE turut mendapat verifikasi pakar akademik dari dalam dan luar negara termasuk Pakar Panel Penasihat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Datuk Dr. Ab Rahim Selamat.

ASIE adalah akronim bagi komponen A – Analyse (Analisis), S – Strategise (menyusun strategi), I – Implement (melaksana) dan E -Evaluate (menilai).

Dr. Ismail membangunkan model ASIE ini dengan akademia Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Balakrishnan Muniandy dan Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim.

Menurut Dr. Ismail, Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE dibangunkan setelah penelitian dibuat terhadap kandungan PPPM 2013-2025, terutamanya hasrat Perdana Menteri yang inginkan guru merancang corak pengajaran yang dinamik yang merangkumi aspek kemahiran berfikir aras tinggi serta memenuhi ciri-ciri pembelajaran abad ke-21.

“Tutor pula merupakan produk pertama di Malaysia yang menggabungkan tiga elemen penting dalam satu persekitaran perkembangan profesionalisme guru secara dalam talian.

“Tiga aspek itu adalah PLUS (planning, utilizing, sharing) – merancang, mengguna dan berkongsi bahan perancangan untuk dijadikan amalan terbaik dalam bilik darjah,” jelasnya mengenai manfaat menggunakan tutor.com.my ber­asaskan Model ASIE kepada guru.

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: