My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Teknologi IBS diperluas – PM Enam sekolah di Sarawak dikenal pasti sebagai projek permulaan

Program baik pulih bangunan sekolah dengan menggunakan teknologi Sistem Bangunan Berindustri (IBS) akan diperluaskan ke seluruh negara dengan enam sekolah di Sarawak dikenali pasti untuk dijadikan sebagai projek permulaan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, penggunaan kaedah IBS untuk membaik pulih sekolah-sekolah yang uzur dan kritikal bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah mempercepatkan tempoh pembinaan.

“Saya difahamkan bahawa harga­nya (kaedah IBS) jauh lebih kompetitif daripada harga kaedah secara konvensional, dengan kejayaan projek ini (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Dengkil) kita akan lanjutkannya ke tempat-tempat lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat hasil baik pulih Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Dengkil di sini hari ini.

Enam sekolah di Sarawak yang dikenal pasti untuk program baik pulih menggunakan kaedah IBS ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Seduku; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau, SK Nanga Pua, Selangau; SK Kampung Tanam; SK Kalok Pusa, Betong dan SK Abang Man Simunjan.

SJKT Dengkil menjadi projek perintis bagi pembaikan sekolah menggunakan teknologi pembinaan secara pasang siap itu selepas Perdana Menteri melakukan lawatan mengejut ke sekolah berkenaan pada 29 Oktober tahun lalu.

Dalam tempoh 40 hari selepas lawatan tersebut, pelbagai masalah yang sebelum ini dihadapi sekolah berkenaan termasuk mendapan, bumbung bocor dan lantai retak berjaya diselesaikan dengan sekolah itu kini dilengkapi blok bangunan baharu, dewan terbuka, bilik darjah yang lebih banyak, makmal sains yang dibaik pulih dan bilik guru yang lebih selesa.

Jelas Najib, beliau amat gembira kerana impiannya untuk melihat transformasi infrastruktur sekolah berkenaan berjaya direalisasikan dalam tempoh yang singkat.

“Dengan kejayaan seperti ini, saya harap dapat memperlihatkan kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan prasarana pendidikan negara di samping tahap pencapaian sistem pendidikan kita akan terus meningkat,” katanya.

Yang turut hadir Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Dalam pada itu, Subramaniam yang juga Presiden MIC berkata, beliau amat menghargai keprihatinan Perdana Menteri terhadap SJKT Dengkil serta usaha untuk membaik pulih dan meningkatkan prasarana SJKT-SJKT di seluruh negara.

“Saya diberitahu oleh Kementerian Pendidikan bahawa ada tambahan lagi RM30 juta akan diagihkan kepada sekolah-sekolah sebagai bantuan modal supaya menyelesaikan isu pembangunan dan infrastruktur sekolah-sekolah ini,” katanya.

Sementara itu, bagi Guru Besar SJKT Dengkil, M. Tamilsekaran, program baik pulih yang dilakukan telah berjaya menyelesaikan pelbagai masalah infrastruktur dihadapi sekolah itu serta menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

“Saya lihat ini bukan lagi satu bangunan sekolah tetapi sebuah kompleks yang cukup istimewa di negara ini, saya akan bersara wajib pada 20 Januari ini tetapi saya akan bersara dengan hati yang lega kerana semua impian menjadi kenyataan,” katanya yang telah berkhidmat sebagai guru di sekolah berkenaan bermula pada tahun 90-an dan menjadi guru besar sejak tujuh tahun lalu.

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: