My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Adenan arah Yayasan Sarawak 
bantu pelajar digantung biasiswa

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem memberi jaminan akan membantu para pelajar negeri ini yang terjejas pengajian jika benar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak lagi mengeluarkan biasiswa seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan.

ADENAN SATEM

Sehubungan itu, katanya, beliau telah mengarahkan Yayasan Sarawak mencari cara terbaik untuk membantu pelajar terlibat.

“Ya, kami (kerajaan negeri) akan membantu para pelajar. Saya telah memberikan arahan kepada Yayasan Sarawak agar mencari jalan bagaimana cara terbaik untuk membantu mereka,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Adenan mengeluarkan kenya­taan itu sebagai maklum balas terhadap laporan sebuah akhbar tempatan yang menyiarkan rayuan sekumpulan pelajar meminta agar beliau membantu mereka menyam­bung pengajian ke luar negara ekoran terdapat laporan mengatakan permohonan bagi biasiswa JPA digantung tahun ini.

Pada Rabu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong dipetik oleh sebuah akhbar sebagai berkata, beliau telah membangkitkan isu penggantungan biasiswa JPA di Kabinet dan menggesa supaya pinjaman pelajaran itu diberikan semula.

Kenyataannya itu memberi gambaran seolah-olah dakwaan bahawa biasiswa JPA telah digantung adalah benar sehingga me­nimbulkan keresahan dalam kalangan ibu bapa dan pelajar.

Ka Siong bagaimanapun menafikan membuat pengumuman tersebut dan menyatakan penglibatannya dalam isu itu hanya sekadar menjawab keprihatinan ibu bapa tentang biasiswa berkenaan yang telah dilaporkan secara meluas dalam akhbar.

Mengulas lanjut, Adenan berkata, para pelajar yang terlibat dalam isu penggantungan biasiswa terbabit adalah dialu-alukan untuk mengemukakan petisyen kepada kerajaan negeri agar tindakan lanjut dapat diambil.

Dalam perkembangan lain, katanya, beliau menghargai keprihatinan mahkamah di Sabah dan Sarawak yang memberi tumpuan terhadap kes-kes berkaitan ancaman penyeludupan hidupan liar dan pencemaran alam sekitar.

“Saya mengalu-alukan idea Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum yang mahukan hakim dan pegawai kehakiman di kedua-dua negeri ini memberi tumpuan terhadap kebajikan alam sekitar, hidupan liar, industri pelancongan dan keperluannya dengan melupuskan atau menyelesaikan segera kes-kes berkaitan dengan isu berkenaan.

“Ini idea cemerlang. Saya akan berbincang dengan Hakim Besar terbabit untuk mencari jalan penyelesaian kepada isu ini memandang­kan ia melibatkan implikasi undang-undang,” ujarnya.

Richard dalam ucapan semasa merasmikan majlis Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2016 di Kompleks Mahkamah Sibu semalam memberitahu, mahkamah di kedua-dua negeri ini akan memberi perhatian kepada kes-kes berkaitan alam sekitar dan pelancongan.

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: