My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

170 sekolah daif di Sarawak 
bina semula guna sistem IBS

Sebanyak 170 buah sekolah di pedalaman Sarawak yang dikenal pasti rosak teruk dan usang akan digantikan dengan bangunan baharu yang dibina menggunakan teknologi Sistem Bangunan Berindustri (IBS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semasa melawat ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ladong, Batang Sadong di Simunjan pagi ini, beliau dapat melihat betapa daifnya sekolah itu yang dibina sejak 1 Januari 1957.

“Pagi tadi saya telah pergi ke SK Sungai Ladong, inilah disebut oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sebagai sekolah yang sudah ‘rempek’, penyek dan usang dibina pada 1 Januari 1957 iaitu lebih awal daripada kemerdekaaan.

“Saya naik sekolah itu tetapi orang ramai yang naik bersama saya ditahan kerana lantai sudah tidak kuat, berbunyi dan boleh rasa bergegar, namun sekolah itu masih juga diguna pakai,” katanya berucap sempena Majlis Pimimpin Bersama Rakyat di padang Dewan Suarah Bintulu di sini hari ini.

Justeru katanya, beliau mencadangkan satu projek menggunakan sistem IBS digunakan untuk membina bangunan baharu bagi sekolah berkenaan.

Beliau berkata, projek pembinaan bangunan baharu mempunyai enam bilik darjah menggunakan sistem itu dijangka disiapkan dalan tempoh lima hingga enam minggu.

Katanya, apabila siap, beliau sendiri akan kembali melihat sekolah berkenaan untuk merasmikannya.

“Kita akan lancarkan tujuh buah projek sama di Sarawak dalam masa terdekat. Saya sudah minta Kementerian Pendidikan supaya menyenaraikan sekolah-sekolah yang rempek ini dan dimaklumkan terdapat 170 buah sekolah seumpama itu di negeri ini.

“Kita akan laksanakan projek tersebut secara berperingkat bagi memastikan sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak mendapat kemudahan lebih baik dan ini kita akan masukkan dalam manifesto BN Sarawak pada pilihan raya nege­ri kali ini,” katanya.

Terdahulu semasa lawatan ke SK Sungai Ladong, Najib memberitahu, sebanyak enam bilik darjah dan dua kuarters guru baharu bernilai RM2 juta di sekolah itu akan dibina dalam masa terdekat.

Pada masa ini, SK Sungai Ladong mempunyai 169 murid, 20 guru dan tiga kakitangan sokongan dengan majoriti pelajar di sekolah berkenaan adalah Melayu.

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: