My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Padu catat 2.7 juta pengguna VLE

Statistik Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (Padu) mencatatkan bila­ngan pengguna Program Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) telah mencecah sebanyak 2.7 juta orang di seluruh negara sehingga 4 Disember tahun lalu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, daripada jumlah tersebut, 2.2 juta terdiri daripada pelajar, 331,760 (guru) dan 223,941 (ibu bapa).

Katanya, kementerian bangga dengan jumlah tersebut kerana VLE yang merupakan projek di bawah 1BestariNet itu baru diperkenalkan pada Mac tahun lalu.

“Bagi memastikan konsep pem­belajaran tanpa sempadan ini berjalan lancar, sebanyak 5,000 guru yang berusia bawah 40 tahun di bawah program Guru Muda 1Malaysia (GM1M) telah dilatih sebagai perintis program VLE di sekolah masing-masing.

“Setiap guru muda ini bertanggungjawab melakukan transformasi dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta membimbing sekurang-kurangnya lima rakan sejawat untuk melaksanakan VLE,” katanya.

Beliau berucap demikian dalam Majlis Anugerah GM1M VLE, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Chong Sin Woon; Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad; Pengarah Eksekutif YTL Communications Sdn. Bhd., Datuk Yeoh Seok Hong dan Penasihat Penggerak GM1M, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.

Pada majlis tersebut, sebanyak 10 guru yang terlibat dalam GM1M berjaya mencatat prestasi cemerlang melalui program integrasi dan penggunaan teknologi dalam pe­ngajaran di sekolah masing-masing.

Penerima anugerah khas GM1M, Liew Lee Joo, 33, guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Samarahan, Sarawak memberitahu, dia merangka bahan pengajaran dalam bentuk status Facebook bagi membolehkan para pelajar memberi komen berhubung mata pelajaran tersebut.

“Kaedah itu memberi peluang kepada pelajar untuk bersaing dan memberi idea masing-masing, sekali gus dapat melihat potensi pemahaman mereka,” katanya.

Sementara itu, Farizz Izzuan Busri, 30, berkata, penggunaan VLE dalam sistem P&P banyak memudahkan tugasnya sebagai guru Kimia kerana tidak perlu mencetak kertas soalan berulang kali.

“Penggunaan VLE ini juga dapat mengelak para pelajar yang sibuk dengan aktiviti luar daripada tercicir mata pelajaran berkenaan kerana mereka boleh menelaah di mana-mana,” katanya.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: