My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Hari Bahasa Inggeris setiap Selasa di Sabah

Jabatan Pendidikan negeri hari ini mengumumkan setiap Selasa akan ditetapkan sebagai Hari Bahasa Inggeris untuk komuniti pendidikan termasuk mereka yang be-kerja di pejabat pendidikan.

Pengarahnya, Datuk Jame Alip berkata, pengurusan sekolah juga sangat disarankan untuk mewujudkan suasana yang menyediakan lebih banyak peluang bagi pelajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

“Dalam masa yang sama, guru bahasa Inggeris juga perlu me­ni­ng­katkan kaedah pengajarannya bagi menimbulkan minat dalam kalangan pelajar dan menggalakkan mereka menggunakan bahasa Inggeris di luar kelas menerusi aktiviti ko-kurikulum dan mengadakan kempen membaca dalam bahasa Inggeris secara berterusan.

“Kami akan mengukuhkan program sedia ada di sekolah dan dalam masa yang sama kami menggalakkan kakitangan Jabatan Pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah untuk bertutur dalam bahasa Inggeris khususnya pada setiap Selasa,” katanya dalam Majlis Pelancaran Program Hari Bahasa Inggeris di sini hari ini.

Jame berkata, program itu selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

“Kami perlu memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi di semua sekolah kebangsaan dan menengah serta memastikan setiap murid dapat menguasai kedua-dua bahasa Malaysia dan Inggeris,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kerajaan negeri komited dalam memastikan peningkatan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan akan bekerjasama khususnya dengan Jabatan Pendidikan negeri.

“Kami berharap ia akan mengurangkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar serta memperbaiki pencapaian setiap murid. Ini merupakan tanggungjawab bersama untuk memupuk keyakinan menggunakan bahasa Inggeris.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pendidikan negeri terhadap inisiatif Program Hari Bahasa Inggeris ini. Program ini bertujuan menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di luar bilik darjah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun ketika melancarkan program itu.

Musa berkata, walaupun bahasa lain juga ditutur secara meluas, bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar rasmi di banyak negara.

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: