My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

GPN turun bukan sebab KBAT

 Mahdzir Khalid (dua dari kanan) beramah mesra dengan pelajar yang memperoleh pencapaian cemerlang SPM 2015 sambil disaksikan Noh Omar (tiga dari kanan) selepas Majlis Penyampaikan Slip Keputusan SPM di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Selangor, semalam. – Utusan /Saharuddin Abdullah

KUALA SELANGOR 3 Mac – Penurunan pencapaian keseluruhan indeks Gred Purata Nasional (GPN) pada 5.15 mata bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 bukan berpunca daripada pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar sekolah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun GPN dilihat menyusut 0.07 mata berbanding 2014 yang mencatatkan 5.08, andaian sedemikian adalah tidak benar kerana pelaksanaan KBAT di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dilihat telah memberi kesan positif kepada sistem pem­belajaran selain diterima baik oleh semua pihak.

“Ada pandangan yang menyatakan penurunan GPN bagi SPM 2015 adalah disebabkan pelaksanaan KBAT. Saya nak sebut bahawa pres­tasi itu tidak ada kaitan dengan penurunan indeks berkenaan.

“Sebaliknya, pelaksanaan KBAT dilihat ada penyesuaian dan diteri­ma oleh sekolah termasuk pelajar tingkatan lima. KBAT ini adalah untuk melatih pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis dan kementerian akan meneruskan pelaksana­annya termasuk membangunkan KBAT selain memberikan kursus kepada guru-guru,” katanya.

Mahdzir berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor di sini hari ini.

Yang hadir sama ialah Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Nege­ri Selangor (MTPNS), Datuk Seri Noh Omar.

Mengulas lanjut, Mahdzir menjelaskan, penurunan itu adalah pada paras normal berdasarkan penilaian indeks yang sama di peringkat antarabangsa.

“Sekiranya penurunan GPN melebihi kadar tiga peratus, ia dilihat sesuatu yang bermasalah. Bagaimanapun, Lembaga Peperiksaan akan mengadakan analisis terperinci mengenai perkara itu merangkumi kategori sekolah, bilangan mata pelajaran, luar bandar dan bandar, kaum dan sebagainya,” ujarnya.

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: