My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Sekolah di Perlis, Kedah ditutup hari ini, esok Cuaca panas melebihi 39 darjah Celsius di Perlis, Kedah

Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menganugerahkan Ijazah Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan) kepada Mahdzir Khalid dalam satu istiadat di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/Nasirruddin Yazid

KUALA LUMPUR 21 Mac – Sesi persekolahan di Perlis dan Kedah ditutup selama dua hari bermula esok ekoran cuaca panas melampau iaitu melebihi 39 darjah Celsius.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya telah mendapat nasihat daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar khususnya Jabatan Meteorologi serta Kementerian Kesihatan berhubung gejala itu.

“Oleh itu, buat masa ini, kementerian memutuskan sesi persekolahan untuk proses pengajaran dan pembe­lajaran (PdP) di Perlis dan Kedah ditutup selama dua hari sehingga Rabu.

“Bagaimanapun, guru-guru perlu hadir menjalankan tugas seperti biasa kerana yang tutup hanya PdP. Tiada arahan perubahan penutupan sesi persekolahan di negeri lain buat masa ini kerana suhu yang tinggi hanya dua negeri itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepa­da pemberita selepas menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan) daripada Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), di sini hari ini.

Istiadat Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan) itu disempurnakan Tunku Temenggong Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah. Turut berangkat, Toh Puan Temenggong, Tengku Maliha Tengku Arif.

Hadir sama dalam istiadat itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; Pro-Canselor CUCMS, Datuk Dr. R. Palan; Pengerusi Lembaga Pengurusan CUCMS, Tan Sri Dr. Ridzwan Abu Bakar dan Presiden CUCMS, Datuk Dr. Mohamad Abd. Razak.

Dalam pada itu, kementerian dalam kenyataannya berkata, penutupan sekolah di kedua-dua negeri itu tidak perlu diganti.

“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Da­erah (PPD) yang terlibat hendaklah mengadakan pemantauan bagi memastikan pematuhan terhadap arahan penutupan ini.

“Kementerian juga akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa terhadap sebarang perubahan berkaitan fenomena tersebut,” kata kenyataan itu.

jumlah murid

Sek. Menengah Sek. Rendah Prasekolah Jumlah

Perlis 22,927 21, 711 2,491 47, 129

Kedah 162,264 190,930 13,463 366,657

Jumlah 185,191 212,641 15,954 413,786

jumlah sekolah

SEK. Menengah SEK. Rendah Jumlah

Perlis 30 74 104

Kedah 202 547 749

Jumlah 232 621 853

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: