My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Permata lahir generasi cemerlang

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri yang juga Penaung Program Permata Datin Seri Rosmah Mansor beramah mesra dengan kanak-kanak Permata pada Majlis Perasmian Kompleks Kolej Permata Insan Universiti Sains Islam Malaysia hari ini. — BERNAMA

SEREMBAN 5 April – Perdana Menteri yakin Program Permata Insan mampu melahirkan generasi dan pemimpin yang cemerlang serta seimbang untuk mendepani cabaran pada masa akan datang.

Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, kewujudan program itu tepat pada masanya dan selaras dengan agenda pembangunan insan yang menjadi kunci kepada aspirasi negara.

Ujar beliau, melalui program itu, kerajaan berupaya melahirkan golongan yang memiliki kesungguhan tinggi untuk berjaya di dunia dan akhirat serta bukan hanya cemerlang dalam peperiksaan.

Katanya, kejayaannya telah mula terbukti apabila ada antara pelajar program tersebut yang mampu bertutur dalam tiga dan empat bahasa.

“Anak-anak Permata Insan ini dipilih sejak umur lapan tahun dan telah diuji kecerdasan intelektual (IQ) serta dinilai dari segi minda agama mereka.

“Apabila sampai masanya nanti, pada setiap tahun akan lahir antara 50 hingga 60 pelajar yang mempunyai kemampuan luar biasa melalui program ini,” katanya semasa berucap merasmikan Kompleks Kolej Permata Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Penaung Program Permata, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; dan Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad

Kolej Permata Insan yang dibina dengan kos kira-kira RM68 juta itu bermatlamat melahirkan cendekiawan Islam dalam pelbagai bidang dengan menerapkan pendekatan pembelajaran yang moden dan terkini.

Kolej yang kini menempatkan sebanyak 113 pelajar memberi tumpuan kepada pembelajaran berasaskan integrasi ilmu aqli (berasaskan akal) dan naqli (berasaskan al-Quran).

Menurut Najib, generasi hari ini perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan supaya mereka tidak mudah terperdaya dengan unsur-­unsur negatif selain dapat membezakan antara perkara yang hak dan batil.

“Dalam dunia hari ini, dengan masalah media sosial, mat rempit, dadah dan ideologi militan negara Islam (IS), kalau kita tidak ada pengetahuan, kita akan menjadi mangsa kepada pengaruh tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata, ilmu akan menjadi landasan kepada proses lengkap untuk melahirkan manusia yang berpengetahuan, berakhlak, berkemahiran dan berdaya saing.

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: